Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

Dua lelaki terbunuh dalam kemalangan di Skim Skrang, Engkilili

ENGKILILI, Jumaat (10 Jun) – Dua orang lelaki terbunuh dalam kemalangan jalan raya setelah kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh mereka bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di sekitar kawasan Skim Skrang, Engkilili sekitar jam 4.30 petang kelmarin.

Sumber memberitahu kedua-dua mangsa bersama dengan seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke arah Kuching dari arah Sibu dengan menggunakan kenderaan tersebut.

“Ketika tiba di kawasan selekoh tidak jauh dari gereja di Skim Skrang berkenaan, kenderaan Proton Wira itu yang dipandu oleh salah seorang mangsa dipercayai telah hilang kawalan.

“Kenderaan terbabit kemudiannya dipercayai terus bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Kuching dan kemalangan ini menyebabkan pemandu bersama rakan penumpangnya mati serta-merta di tempat kejadian,” kata sumber.

Kanak-kanak berusia lapan tahun yang duduk di bahagian kerusi belakang penumpang bagaimanapun dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dipercayai kerana menggunakan tali pinggang keselamatan ketika berlaku kejadian terbabit.

Kedua-dua mayat mangsa kemalangan berusia 53 dan 51 tahun terbabit di hantar ke bilik mayat, Hospital Bahagian Sri Aman untuk tujuan bedah siasat.

Sumber turut menambah bahawa faktor hujan pada waktu berkenaan dipercayai menyebabkan kenderaan yang dipandu oleh mangsa hilang kawalan dan terus merempuh lori tersebut.

Tamat.

No comments:

Post a Comment