Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 June, 2011

Drift membawa 'berkat' kepada seorang remaja


SRI AMAN, Sabtu (18 Jun) – Gara-gara terlalu taksub untuk mempamerkan teknik ‘drift’, kenderaan jenis Perodua Viva yang dipandu oleh seorang remaja akhirnya terbabas ke kawasan kaki lima deretan kedai dalam Bandar Sri Aman malam tadi.

Sumber dari lokasi kejadian memberitahu, remaja terbabit sebelum berlakunya kejadian telah bersama seorang rakannya menikmati makanan di sebuah kedai dalam kawasan panggung dalam bandar ini sekitar jam 9.30 malam.

Setelah selesai menikmati makanan di kedai berkenaan, remaja terbabit kemudiannya memandu keluar kenderaan dari arah bangunan TM Net Malaysia Sri Aman dan menuju ke kawasan lampu isyarat di Jalan Club.

“Remaja terbabit kemudiannya ingin menguji teknik memandu kenderaan secara drift di kawasan lampu isyarat berkenaan seperti yang pernah dicuba olehnya di lain-lain kawasan dalam bandar ini.

“Namun malangnya kenderaan yang beliau pandu secara drift tersebut akhirnya hilang kawalan dan terus melanggar benteng simen yang terdapat di sepanjang laluan kaki lima kedai di situ,” kata sumber.

Kejadian berkenaan akhirnya menyebabkan kotak gear dan absorber kenderaan mangsa mengalami kerosakan teruk dan tidak dapat dipandu keluar daripada laluan kaki lima tersebut.

Remaja yang kesal dengan tindakannya menguji teknik panduan drift di kawasan lampu isyarat terbabit terpaksa menunggu kedatangan pihak syarikat penunda kenderaan selepas itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment