Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 June, 2011

Dayak moden perlu terus pelihara adat



Caption: TERIMA KASIH... Tr Mangku (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Geoffery Baja (kanan) ketika berlangsungnya program Ngiling Bidai di rumah panjang berkenaan.

RASMINYA......Geoffery (kanan) yang mewakili Nyalau mengetuai penduduk setempat mengulung tikar sebagai tanda simbolik berakhirnya sambutan Gawai Dayak.2011.


ENGKILILI, Ahad (19 Jun) – Orang Dayak moden diseru untuk terus mengekalkan adat lama dan baru seperti upacara Ngiling Bidai yang diadakan sebagai petanda berakhirnya perayaan Gawai di kawasan mereka.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata upacara Ngiling Bidai dianggap amat bererti memandangkan ia menyatu-padukan penduduk berbilang kaum menerusi perayaan itu selama ini.

“Malahan upacara Ngiling Bidai menjadi tarikan semua kaum untuk meraikan penutupan perayaan Gawai ini secara bersama-sama dan ia secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan perpaduan di antara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.203 Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba selaku mewakili Nyalau merasmikan Perayaan ‘Ngiling Bidai’ di Rumah Mangku, Sungai Keroh, Engkilili kelmarin.

Selain itu hubungan perpaduan erat yang terhasil menerusi adat resam kaum itu juga kata Nyalau secara tidak langsung akan membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai projek pembangunan dengan lebih lancar selepas ini.

Ini kerana hubungan perpaduan yang erat di antara menurut beliau telah mewujudkan kestabilan politik yang kukuh dan seterusnya memudahkan usaha pembangunan kerajaan dari masa ke semasa.

“Justeru semua kaum perlu meraikan perayaan utama masing-masing secara bersama sejajar dengan perlaksanaan konsep Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh pemimpin kita sebelum ini,” katanya.

Tamat...

No comments:

Post a Comment