Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2011

Belia dipelawa sertai Latihan Kemahiran di GIATMARA Sri aman









Artikel asal oleh Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dari Giatmara Sri Aman.

Caption:

1. INDAH...Bangunan GIATMARA Sri Aman terletak di kawasan Jalan Astana dalam Bandar Sri Aman.

2. BERSEMANGAT...Para pelatih GIATMARA Sri Aman ketika sedang menjalani aktiviti rutin pada setiap hari ini.

3. FOKUS... Pelatih Teknologi Sistem Komputer ketika menyiapkan tugasan dalam Modul Dokumen Multimedia

4. SERONOK... Pelatih dan Warga Kerja di Taman Panorama Benak sempena Aktiviti Hari Pengantin dan Hari Korporat GIATMARA Sri Aman

5. TEKUN... Pelatih Solekan dan Terapi Kecantikan ketika latihan solekan.

6. BERGAYA... Barisan Pelatih Solekan dan Terapi Kecantikan bersama Pengurus dan Tenaga Pengajar

7. SERTAI KAMI!!! Belia dan beliawanis di Sri Aman kini dijemput untuk menyertai kursus yang ditawar di GIATMARA Sri Aman.

- 10 Jun

GIATMARA telah mula bertapak sejak 25 tahun yang lepas di Malaysia. Kewujudan GIATMARA pertama di Jitra, Kedah menyaksikan perkembangan memberangsangkan ke hampir setiap Parlimen di Malaysia hingga tujuh buah GIATMARA baru akan memulakan operasinya di Sarawak pada bulan Julai ini.

GIATMARA Sri Aman merupakan antara Pusat Latihan Kemahiran Vokasional di Bahagian Sri Aman selain GIATMARA Lubok Antu. Terdapat dua kursus “soft-trade” ditawarkan di GIATMARA Sri Aman iaitu, kursus Teknologi Sistem Komputer dan kursus Solekan dan Terapi Kecantikan.

Latihan sepenuh masa selama enam bulan ini diperkukuhkan lagi dengan sistem GCPA (GIATMARA Competency Point Average) yang diperakui oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Pelatih yang beketrampilan dengan markah yang cemerlang bakal memperolehi Sijil Professional GIATMARA di samping Sijil Kemahiran GIATMARA Malaysia sepertimana sebelum ini.

Selain itu dalam tempoh enam bulan, pelatih akan didedahkan dengan pembangunan portfolio sebagai bukti keterampilan mereka.

Antara keistimewaan latihan di GIATMARA adalah pembayaran elaun sebanyak RM 1,200 untuk tempoh enam bulan dan ia bermakna setiap pelatih bakal menerima RM200 sebulan untuk dinikmati oleh pelatih sepenuh masa sahaja.

Dalam masa yang sama, pelatih yang cemerlang boleh meneruskan peringkat pengajian mereka ke Program Artikulasi dan ia memberikan peluang kepada pelatih lepasan GIATMARA untuk memperolehi Diploma di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) sebelum ke peringkat Ijazah di Universiti Kuala Lumpur.

Dengan membawa konsep, “Kemahiran Menjamin Kehidupan”, asalkan mempunyai minat dan ketekunan mendalam, pelatih GIATMARA sebenarnya mampu untuk menjadi seorang insan yang berjaya.

Di GIATMARA Sri Aman, pelatih juga didedahkan dengan elemen Keusahawanan melalui Kursus Pembudayan Keusahawanan GIATMARA Malaysia.

Melalui kursus ini, bekas pelatih akan berpeluang mengikuti latihan di Inkubator Usahawan dan menyertai Kelab Usahawan GIATMARA (KUG).

Melalui program Inkubator, pembiayaan dan bantuan sehingga RM5,000 akan diberikan kepada pelatih yang mempunyai potensi menjadi usahawan yang boleh maju ke hadapan.

Di dalam konteks latihan kemahiran di GIATMARA, pelatih yang berkebolehan akan dipilih untuk menyertai Pertandingan Kemahiran Malaysia dan mereka yang berkemahiran tinggi sahaja mampu untuk menyinar dalam pertandingan ini.

Ia terbukti apabila baru-baru ini apabila seramai enam orang pelatih GIATMARA Sri Aman telah menggalas nama Sarawak untuk menyertai Pra-Kelayakan Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM).

Malah seramai empat orang pelatih Teknologi Sistem Komputer dari pusat ini telah menyertai pertandingan dalam kategori berasingan iaitu IT Network Administration, IT Software Solution for Business dan Web Design yang diadakan di CIAST,Shah Alam, Selangor.

Manakala dua orang lagi pelatih Solekan dan Terapi Kecantikan yang telah diiringi oleh Mohd Faizal bin Che Amat (Pengurus) dan dua orang Tenaga Pengajar iaitu Mohd Khairul Azha bin Haji Azahari dan Sabrina binti Abdul Rahim telah menyertai kategori Beauty Therapy di IKBN Pertak, Hulu Selangor.

Walaupun melalui persaingan sengit serta proses pemarkahan yang ketat seorang peserta Solekan dan Terapi Kecantikan, Mary Emelda Rigok telah berjaya ke Peringkat Akhir PKM pada bulan Julai ini setelah dilatih sepenuhnya oleh Sabrina Abdul Rahim dari Tenaga Pengajar Solekan dan Terapi Kecantikan GIATMARA Sri Aman.

Selain itu, GIATMARA Sri Aman turut menyediakan latihan separuh masa dalam bidang yang sama melalui pendekatan “Life Long Learning” (3L) iaitu konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Terbaru, Program Latihan 1 Malaysia bakal bermula pertengahan bulan Jun ini dengan menawarkan kursus Solekan dan Terapi Kecantikan serta Teknologi Sistem Komputer untuk para pelatih.

Kursus jangkamasa pendek ini menekankan tentang modul ringkas tetapi peserta hanya perlu membayar RM1 sejam untuk latihan. Di akhir latihan, peserta akan memperolehi Sijil Latihan 1 Malaysia.

Berbalik kepada permohonan sepenuh masa. Syarat-syarat kemasukan adalah :

· Bumiputera Warganegara Malaysia

· Sihat Tubuh Badan

· Berumur 16 tahun ke atas

· Boleh Membaca & Menulis

· Minat dalam bidang yang dipohon

Justeru, belia-belia dipelawa untuk menyertai Latihan Kemahiran di GIATMARA Sri Aman kerana permohonan telah dibuka sekarang. Borang Permohonan boleh diperolehi di GIATMARA Sri Aman atau boleh dimuat-turun di laman web www.giatmara.edu.my ataupun di Laman Blog GM Sri Aman iaitu http://gmsriaman.blogspot.com.

Tamat.

No comments:

Post a Comment