Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 June, 2011

Anak kunci utama pembangunan negara



Caption: MANFAATKAN...Rayong menyampaikan insentif kepada seorang murid sambil disaksikan oleh Nyalau (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.


ENGKILILI, Selasa ( 21 Jun ) – Ibubapa adalah kunci utama dalam mewujudkan kecemerlangan prestasi anak-anak demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Ini kerana ibubapa kata beliau boleh memainkan peranan dengan memberikan perangsang dan motivasi kepada anak-anak demi kebaikan masa depan pendidikan mereka.

“Tanpa perangsang daripada ibubapa mereka sendiri, golongan anak-anak ini tidak akan begitu mengambil berat untuk mempertingkatkan tahap kecemerlangan akademik masing-masing.

“Justeru ibubapa haruslah mengambil peluang untuk memberi perangsang disamping mendidik anak-anak ketika mereka mempunyai masa terluang di rumah,” katanya ketika berucap dalam Majlis Kesyukuran Kemenangan DUN Engkilili serta ‘Ngiling Bidai’ di SK Empelam, Engkilili, kelmarin.

Beliau turut menambah kejayaan anak-anak dalam bidang akademik akan mencerahkan lagi masa depan pembangunan negara dengan lahirnya golongan modal insan berkelas tinggi daripada anak-anak terbabit.

Lagipun ia kata Rayong sejajar dengan matlamat kerajaan yang mahu menjadikan golongan anak-anak pada masa sekarang sebagai aset serta individu professional untuk meneruskan kesinambungan proses pembangunan Malaysia khasnya Sarawak selepas ini.

Terdahulu majlis itu yang telah dirasmikan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak itu menyaksikan Rayong mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada SK Empelam.

Tamat.....

No comments:

Post a Comment