Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2011

Warga pendidik pemangkin pembangunan negara



Caption:

1. SELAMAT DATANG...Kakitangan pendidikan sedang berjabat tangan dengan Wahab ketika tiba untuk merasmikan majlis tersebut.

SARATOK, Sabtu (14 Mei) -  Warga pendidikan yang aktif dan positif mampu menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara kata Menteri Muda Perumahan, Haji Abdul Wahab Aziz.

Dengan wujudnya keadaan tersebut maka pihak sekolah menurut beliau akan dapat menghasilkan kemenjadian murid yang bakal menjadi aset kepada kemajuan Negara suatu masa nanti.

”Masa depan Negara juga bergantung kepada institusi pendidikan bagi menghasilkan individu yang berjaya. Justeru sudah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk melihat serta menjaga disiplin anak-anak agar mereka tidak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral.

“Lagipun keciciran mereka dalam pelajaran boleh menggugat dan mencacatkan kadar pembangunan serta sosio ekonomi negara masa yang akan datang,” katanya ketika berucap Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 bagi kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Betong dan Saratok bertempat di SMK (BM) Saratok baru-baru ini.

Selain itu pengukuran perkhidmatan berkualiti  katanya juga dinilai melalui sistem kerja dalam urusan pentadbiran yang secara tidak langsung menyumbang kepada organisasi budaya kerja yang positif serta kerja secara berpasukan.

Kecemerlangan ini kata Wahab boleh dipertingkatkan dengan adanya perlaksanaan Sistem 5S demi menjadikan tempat kerja sentiasa bersih, tersusun serta mudah untuk diuruskan dalam masa yang singkat.

Terdahulu beliau yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar telah menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada 152 orang penerima dari Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong manakala 135 orang dari PPD Daerah Saratok.

Beliau menerusi majlis itu juga turut menyampaikan peruntukan geran sebanyak RM 5,000 kepada jawatankuasa sambutan majlis tersebut.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsudin bin Drahman, Pegawai Pelajaran Daerah Saratok, Daud bin Mohamad, para pengetua  dan guru besar dari sekolah sekitar kawasan Saratok / Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment