Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 May, 2011

Wanita perlu bijak manfaatkan sumber secara kreatif - Nancy



Caption: MANFAATKAN...Nancy (kanan) menyampaikan cek kepada Ramlah ketika berlangsungnya majlis berkenaan di Taman Hijrah II, Simunjan baru-baru ini.


SIMUNJAN, Selasa (24 Mei) – Golongan wanita disaran untuk menggunakan setiap sumber yang ada secara kreatif demi menjana pendapatan serta meningkatkan ekonomi masing-masing selepas ini.

Ahli Parlimen Batang Sadobng, Hajah Nancy Syukrie berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penubuhan Perkumpulan Persekutuan (PPWS) Taman Hijrah Fasa II di Surau Taman Hijrah, Simunjan baru-baru ini.

Dengan mengekalkan tema “ Menjana Pendapatan Melalui Kreativiti dan Inovasi”, pihak PPWS akan katanya terus mengadakan program-program baru demi untuk meningkatkan pengetahuan dan ilmu para ahli dari masa ke semasa.

“Ia sesuai dengan hasrat PPWS untuk melihat golongan wanita lebih maju ke hadapan termasuk dari segi perniagaan, sosial dan politik dalam negeri ini,” katanya selaku Pengerusi PPWS.

Selain itu PPWS kata Nancy juga adalah merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) wanita pertama yang unggul dalam membela dan memacu kemajuan hidup wanita dalam negeri ini.

Malahan PPWS katanya kini sudah mempunyai lebih dari 8,000 orang ahli yang rata-ratanya telah berjaya mengecapi kemajuan dalam pelbagai bidang termasuk pemimpin politik.

Manakala itu Pengerusi PPWS cawangan Taman Hijrah Fasa ll, Ramlah Haji Labah menerusi ucapannya berkata bahawa pihaknya telah menjadikan aktiviti membersih masjid dan surau, demontrasi jahitan dan membuat kuih sebagai aktiviti bulanan mereka semenjak ia ditubuhkan pada penghujung tahun ini.

Terdahulu majlis tersebut telah diserikan dengan aktiviti ceramah agama, pertandingan pelbagai gubahan bunga, buah-buahan, tuala dan sirih junjung.

Hajah Nancy menerusi majlis itu sempat menyampaikan cek bernilai RM1,500 kepada PPWS cawangan Taman Hjrah bagi membolehkan pertubuhan itu melaksanakan pelbagai aktiviti selepas ini.

Hadir sama ialah Pengelola PPWS Kawasan Kuching / Samarahan, Maria Corecci Thomas, Pengerusi PPWS Kawasan Kuching / Samarahan, Edeline Yars, Pengerusi PPWS Daerah Simunjan, Saaniah Haji Kahar, Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi, para ketua jabatan dan ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment