Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

Usaha untuk wujudkan Kampung Tanpa Wayar di Sri Aman diteruskan



Caption: PENGHARGAAN...Sarani (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Masir (kiri) sambil disaksikan tetamu khas yang lain ketika berlangsungnya majlis itu.


SRI AMAN, Ahad (22 Mei) – Usaha untuk mewujudkan Kampung Tanpa Wayar akan diteruskan dalam kawasan Parlimen Sri Aman demikian menurut wakil rakyatnya iaitu Masir anak Kujat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media setelah merasmikan Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia bertempat di Dewan Hollis Tini, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman kelmarin.

Katanya usaha terbabit amat penting untuk mewujudkan golongan penduduk celik IT di bawah Inisiatif Jalur Lebar Negara (National Broadband Initiative atau NBI) dalam kawasan Sri Aman.

Kerajaan buat masa sekarang telah pun mewujudkan Kampung Tanpa Wayar dalam kawasan Parlimen Sri Aman antaranya ialah di Rumah Melunggang anak Adir, Pakit A dan Rumah Ellie anak Chemeng, Sabu.

“Justeru saya akan berhubung dengan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi, Keseniaan dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum untuk memohon pertambahan jumlah Kampung Tanpa Wayar di kawasan Parlimen Sri Aman selepas ini,” kata Masir.

Menerusi usaha ini, Masir akan cuba memohon untuk membuka Kampung Tanpa Wayar di kawasan Pantu atau di Balai Ringin selepas kajian mengenai peratus tahap penggunaan kemudahan terbabit dan akses terhadap internet selesai dilakukan.

Sementara itu kerajaan menerusi agensi akan cuba memberi kursus terhadap ketua kampung yang belum mahir menggunakan Komputer Riba 1Malaysia yang diterima oleh mereka sebelum ini.

“Bagaimanapun terdapat Ketua Kampung @ Tuai Rumah pada masa sekarang terdiri daripada bekas pesara kerajaan. Oleh itu tidak mustahil golongan ini mempunyai kemahiran untuk menggunakan komputer riba tersebut selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sarawak, Sarani Kanaidi, wakil Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Temenggung Kanang Langkau, Pengetua SMK Sri Aman, Joseph Junting Resa, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Parlimen Sri Aman.

Sejumlah 430 buah unit komputer riba disumbangkan kepada penerima awam dari kawasan Parlimen Sri Aman pada Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia terbabit.

Tamat.

2 comments:

  1. nice
    sri aman akan ada kampung wifi gak.. best..best..

    ReplyDelete
  2. orang asli dapat laptop , terbarai aje la....

    ReplyDelete