Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 May, 2011

Untuk kaki bola Sarawak ! sertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala YB Haji Abdul Wahad Aziz pada 21 Mei ini


Mugshot: FAIZAL SAHRI

Adiey Safarman
RISDA Betong

SRI AMAN, Selasa (10 Mei) – Kaki bola dipelawa untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala YB Haji Abdul Wahad Aziz yang akan berlangsung di Mini Stadium Saratok dan Padang Majlis Daerah Saratok pada 21 Mei ini.

Pengelola kejohanan, Abadi Hussein menerusi kenyataan mediannya memberitahu kejohanan bola sepak ini adalah anjuran Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) N.33 Kalaka dengan kerjasama Pusat Giat Mara, Saratok.

“Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala YB Haji Abdul Wahad Aziz ini terbuka kepada semua pasukan dari seluruh wilayah dalam negeri Sarawak dengan bayaran penyertaan sebanyak RM300 untuk satu pasukan.

“Justeru semua pasukan sama ada melibatkan barisan pemain belia, bahagian, jabatan kerajaan, swasta dan persatuan dari seluruh wilayah negeri ini adalah dipelawa untuk menghantar pasukan masing-masing pada kejohanan itu nanti,” katanya.

Mereka yang berminat untuk menyertai kejohanan ini kata Abadi boleh mendapatkan borang penyertaan daripada syarikat Teguhjaya Bookstore (seberang Masjid Saratok) dan Pusat Giatmara Saratok.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 Mei ini jam 4.00 petang. Pertanyaan atau keterangan lanjut boleh dibuat dengan menghubungi Urusetia Kejohanan iaitu Faizal bin Sahri di talian 013-5795322 atau saya sendiri di talian 019-8275922,” katanya.

Beliau turut menambah bahawa pasukan yang berjaya memperolehi juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Piala YB Haji Abdul Wahad Aziz ini akan menerima hadiah berupa wang tunai bernilai RM3,000 berserta piala pusingan.

“Ini merupakan kejohanan kali kedua yang diadakan semenjak ia pertama kali dianjurkan pada tahun 2004 di daerah Kabong dan kami berasa amat bangga kerana Saratok diberi penghormatan untuk menganjurkan kejohanan ini bagi tahun 2011,” katanya.

Tamat.







No comments:

Post a Comment