Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Jerukan buktikan sokongan terhadap kempen Going Bald 2011



Caption: SOKONG GOING BALD! Desmond (dua kanan) ketika bergambar bersama blogger yang turut sama menjayakan kempen berkenaan di Kuching pada 15 Mei lepas.


SRI AMAN, Sabtu (22 Mei) – Penyertaan kali kedua Desmond Douglas Jerukan dalam Going Bald Campain 2011 di Kuching pda 15 Mei lepas telah membuktikan kesungguhan beliau untuk membantu kanak-kanak yang mengidap penyakit barah @ kanser dalam negeri ini.

Timbalan Residen (Pembangunan) Bahagian Sri Aman berusia 43 tahun itu ketika dihubungi Utusan Sarawak memberitahu kesungguhan beliau didorong oleh rasa simpati terhadap kesusahan yang ditanggung oleh keluarga pengidap barah berkenaan.

“Anda sendiri akan berasa terharu ketika melihat kanak-kanak pengidap kanser menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Umum Sarawak lebih lagi terhadap mereka yang datang luar dari kawasan Kuching.

“Rawatan terhadap mereka berlangsung dari tiga hingga enam bulan. Ia kesusahan yang ditanggung oleh keluarga pengidap barah berkenaan yang ketiadaan tempat menginap ketika membantu menguruskan perubatan anak-anak,” katanya.

Menerusi kempen ini, orang ramai katanya akan disedarkan dengan tindakan para penderma yang membotakkan diri masing-masing demi mengambarkan keadaan kanak-kanak yang dibotakkan demi menjalani rawatan kemoterapi.

Going Bald Campaign 2011 ini kata Desmond membolehkan orang ramai menghulurkan derma mereka demi mengurangkan bebanan kanak-kanak kanser disamping membantu Pusat Kanak-Kanak Kanser untuk menyediakan kemudahan kepada pengidap serta ahli keluarga mereka.

“Dapatkah sebuah keluarga yang datang luar dari kawasan Kuching menampung belanja penginapan mereka di hotel untuk tempoh tiga hingga enam bulan? Justeru saya meminta orang ramai untuk menghulurkan sumbangan bagi membantu golongan terbabit selepas ini,” katanya.

Beliau yang turut membotakkan diri menerusi kempen itu mengucapkan terima kasih kepada Menteri Muda Pertanian, Mong Dagang, ketua kaum dan penduduk dari kawasan Sri Aman kerana telah menghulurkan sumbangan ketika berlangsungnya kempen itu.

“Kanak-kanak kanser ini tidak tahu mereka mengidap kanser. Mereka bermain dan bersifat nakal seperti kanak-kanak lain sehinggalah tiba masanya untuk mereka menjalani rawatan kemoterapi.

“Tidakkah keadaan ini menyedihkan kita semua? Harapan saya ialah agar lebih ramai penduduk turun padang untuk menjayakan Going Bald Campaign ini di masa akan datang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment