Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 May, 2011

Tidak sukar untuk berjaya - Razi


Caption: SERIUS...Razi ketika berucap merasmikan majlis berkenaan di Kampung Debak Laut, Betong baru-baru ini.

DEBAK, Khamis (12 Mei) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam mengakui bahawa usaha pelajar untuk menguasai ilmu pelajaran dengan sepenuhnya adalah amat sukar.

Bagaimanapun menurut beliau segalanya menjadi tidak mustahil bagi seseorang pelajar terbabit untuk berjaya jika dia sentiasa tekun dan cekap mencipta teknik pembelajaran tersendiri dari masa ke semasa.

“Semua pelajar perlu cekap peluang ketika menuntut di sekolah memandangkan lebih tinggi taraf akademiknya maka lebih tinggilah upah atau gaji yang bakal mereka terima sekiranya sudah bekerja kelak.

“Justeru saya meminta semua pelajar untuk memanfaatkan segala saluran ilmu yang mereka ada jika mahu mencapai tahap kecemerlangan akademik lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Razi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaian Saguhati Kepada Pelajar Cemerlang SPM Dan STPM 2011 yang berlangsung di Masjid Darul Iman, Kampung Debak Laut, Debak, Betong baru-baru ini.

Selain itu beliau menerusi ucapannya juga berharap agar para ibubapa dan guru untuk sama-sama turun padang bagi menjayakan usaha kerajaan dalam melahirkan modal insan berkualiti selepas ini.

“Saya juga meminta ibubapa untuk sentiasa memantau pergerakan anak-anak di luar rumah agar mereka tidak terjebak dalam kancah aktiviti sosial yang tidak sihat,” menurut beliau.

Terdahulu Razi telah menyampaikan wang saguhati kepada tujuh orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katibas yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2010.

Tamat.

No comments:

Post a Comment