Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 May, 2011

Terus sokong Nyalau - Uggah


Caption: MESRA...Uggah sedang berbual dengan Nyalau ketika berlangsungnya majlis itu. Turut kelihatan ialah Rayong (kanan sekali) dan Lawson (kiri sekali).

ENGKILILI, Ahad (15 Mei) – Rakyat Lubok Antu diseru untuk terus memberi sokongan padu kepada wakil rakyat mereka iaitu William Nyalau anak Badak pada pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Dato Sri Douglas Uggah akan Embas berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Pra Gawai anjuran Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Engkilili, di Dewan Masyarakat Majlis Dearah Lubok Antu / Engkilili, kelmarin.

Menurutnya, Nyalau adalah seorang wakil rakyat yang rajin bekerja dan selalu memantau masalah rakyat dalam kawasan parlimennya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

“Justeru apabila Nyalau diberi kepercayaan mempertahankan kerusi Parlimen Lubok Antu nanti berilah sokongan padu padanya sepertimana yang anda berikan kepada Dr Rayong pada pilihan raya negeri lalu.

“PBB cawangan Batang Ai dan Engkilili sememangnya akan sentiasa bersama Nyalau untuk mempastikan kawasan parlimen Lubok Antu terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN),”  katanya.

Selain itu Uggah Douglas yang juga Ketua PBB cawangan Engkilili mengajak rakyat untuk terus memberi sokongan padu kepada BN kerana hanya parti itu sahaja yang mampu membela nasib rakyat dan membangunkan negeri ini.

Pada majlis itu beliau mengumumkan Peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM3,000 kepada Pergerakan Pemuda PBB cawangan Engkilili, Wanita (RM3,000) dan Bapa (RM3,000).

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, ADUN Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, ADUN Bukit Saban Robert Lawson Chuat, Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman Luat dan ketua kaum di sini.

Tamat...





No comments:

Post a Comment