Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 May, 2011

Tabika Kemas Kampung Tengah Betong sambut Hari Guru 2011



Caption: SELAMAT HARI GURU...Rahim (kiri sekali) bergambar kenangan ibubapa kanak-kanak Tabika Kemas Kampung Tengah sebelum bermula upacara memotong kek sempena majlis itu.

BETONG, Selasa (24 Mei) – Ibubapa dalam kawasan Betong dinasihat untuk menghadirkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan di tabika selepas ini demikian Pengerusi Jawatankuasa Pemuafakatan Ibubapa dan guru Tabika KEMAS Kampung Tengah Betong, Abdul Rahim Haji Jaini.

Katanya pembabitan ibubapa dalam aktiviti ini amat penting demi menjayakan lagi aktiviti akademik anak-anak yang berlangsung dalam sesebuah tabika untuk sepanjang masa.

“Ibubapa sememangnya memikul tanggungjawab yang besar untuk memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak bermula daripada peringkat usia awal mereka iaitu di Tabika.

“Justeru saya berharap agar ibubapa sentiasa turun padang untuk menyertai program yang dirancang oleh pihak tabika demi menjayakan lagi proses tumbesaran pemikiran anak-anak selepas ini,” katanya berucap pada majlis Gotong Royong dan sambutan Hari Guru peringkat taman didikan di Betong tersebut kelmarin.

Selain itu ibubapa katanya juga harus sentiasa prihatin dan memberi perhatian yang sewajarnya terhadap pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan di sekolah atau pun di rumah.

Katanya usaha ini akan memberikan satu perangsang kepada anak-anak untuk maju dalam bidang pelajaran masing-masing disamping memantau masalah yang wujud di tabika dari masa ke semasa.


Terdahulu seramai 30 orang dikalangan ibubapa telah hadir bagi menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, membersih sistem perparitan, menyusun atur, membersih ruangan dalam kelas serta kawasan sekitaran terbabit dan upacara memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis.

Tamat.

No comments:

Post a Comment