Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 May, 2011

SMK Saratok juara Pertandingan Sayembara Puisi Kategori Sekolah Menengah Peringkat Betong



Caption: BERBAKAT...Para peserta sedang mempersembahkan sayembara puisi ketika berlangsung pertandingan tersebut baru-baru ini.

Adiey Safarman

SARATOK, Khamis (12 Mei) - SMK (Bahasa Melayu) Saratok telah menganjurkan Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu untuk Sekolah-sekolah Menengah Bahagian Betong 2011 bertempat di Dewan Sri Semerbak, sekolah terbabit baru-baru ini.

Pertandingan sayembara puisi ini melibatkan penyertaan sebanyak empat buah sekolah antaranya ialah SMK Saribas (Debak), SMK Kalaka (Roban), SMK Saratok dan SMK (BM) Saratok selaku tuan rumah.

Acara yang disaksikan lebih 300 orang pelajar itu menyaksikan SMK Saratok dinobatkan sebagai juara keseluruhan bagi Pertandingan Sayembara Puisi dan Lagu untuk Sekolah-Sekolah Menengah Bahagian Betong 2011.

Manakala itu SMK Kalaka dari Roban pula dinobatkan sebagai pemenang kedudukan naib johan sambil diikuti oleh pasukan tuan rumah iaitu SMK (BM ) Saratok yang berada di kedudukan tempat ke-3 bagi pertandingan itu.

SMK Kalaka juga turut dinobatkan sebagai pemenang kategori Puisi Terbaik yang berjudul Pelangi Bangsa manakala pasukan tuan rumah pula muncul pemenang kategori lagu terbaik bagi pertandingan itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pasukan pemenang telah disempurnakan oleh Pengerusi AJK Pengelola Pertandingan iaitu Haji Rahim bin Ibas sambil disaksikan oleh tetamu jemputan khas yang lain.

Terdahulu Rahim ketika berucap pada majlis itu berkata matlamat utama pertandingan seumpama ini adalah untuk melahirkan golongan generasi muda yang mampu menghasilkan karya puisi bermutu disamping menambah khazanah lagu puisi Melayu.

“Objektif pertandingan juga adalah untuk memupuk disiplin dan pembinaan sahsiah yang terpuji selain melahirkan golongan masyarakat yang berbudaya,” katanya sambil menyeru kepada para pelajar agar menambahkan semangat berpuisi dan memperagakan kemahiran berpuisi dikalangan pelajar lain selepas ini.

Tamat.

1 comment: