Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2011

Singkir sikap prejudis - Nyalau


Caption: RASMI SUDAH...Bolly (tengah) sambil diapit oleh Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) sebelum bermula upacara memotong kek sempena majlis itu.

ENGKILILI, Khamis (5 Mei) – Penduduk berbilang kaum dan agama dalam kawasan Lubok Antu diminta agar mengenepikan sikap prejudis dalam diri masing-masing pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata berkata mereka harus bersatu untuk mencapai satu matlamat pembangunan secara bersama-sama dan bukannya berjuang demi kepentingan diri masing-masing.

“Perihalnya dalam politik, semua penduduk berbilang kaum harus menyokong kerajaan yang didokong oleh BN tanpa mengutamakan kepentingan kaum pada pilihan raya negeri kelak.

“Kemajuan yang melanda kawasan Lubok Antu akan memberi manfaat bukan kepada satu kaum sahaja malah kepada semua kaum yang tinggal di kawasan ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Hari Easter dan Fund Raising / Pecah Tanah Pejabat Gereja Saint Micheal’s Parish Hall, Engkilili yang berlangsung di dewan gereja tersebut baru-baru ini.

Selain itu sikap saling hormat-menghormati budaya, adat resam dan agama dikalangan penduduk berbilang kaum kata Nyalau harus terus disemai dalam diri masing-masing dari masa ke semasa.

“Aspek ini secara tidak langsung akan menjurus kepada proses pembangunan negeri yang berdaya maju serta mantap. Justeru ia akan memberi manfaat kepada penduduk berbilang kaum yang tinggal di bawah teraju Barisan Nasional (BN) selepas itu,” katanya.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, The Right Reverend Bishop Datuk Bolly Lapok dan Archedeon Chimbie Bunsie.

Tamat.

No comments:

Post a Comment