Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

02 May, 2011

RM300k untuk Gereja Saint Michael Engkilili


Caption: RASMINYA...Nyalau (kanan) dan Rayong (kiri) ketika menyempurnakan majlis Pecah Tanah Pejabat Gereja St Micheal’s bersama Bolly (tengah) ketika berlangsung majlis itu.


ENGKILILI, Isnin (2 Mei) – Pembangunan Gereja Saint Michael’s Parish Engkilili bakal diperhebat dengan adanya peruntukan bernilai RM300,000 daripada kerajaan bagi tujuan itu selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata peruntukan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berkunjung ke Pekan Engkilili pada pilihan raya umum lepas.

“Saya bersama Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berasa amat gembira Kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalur peruntukan yang besar bagi tujuan menaiktaraf gereja di kawasan ini,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Merarau Hari Easter dan Fund Raising / Pecah Tanah Pejabat Gereja Saint Micheal’s Parish Hall, Engkilili yang berlangsung di dewan gereja tersebut kelmarin.

Beliau bersama dengan rakan karibnya Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak Badak juga sentiasa memberi sokongan terhadap pembangunan gereja di daerah Lubok Antu dari masa ke semasa.

Justeru Rayong mahu rakyat di kawasan Engkilili sedar bahawa parti yang mereka sokongan itu BN tidak pernah bersikap pilih kasih terhadap membangunkan kebajikan hidup penduduk berlainan kaum dan agama dalam negeri ini.

Terdahulu Rayong menerusi majlis itu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM10,000 kepada Badan Induk Saint Micheal’s, RM5,000 untuk biro wanita dan RM3,000 untuk biro pemuda gereja berkenaan.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak dan The Right Reverend Bishop Datuk Bolly Lapok yang turut hadir dalam majlis itu telah diberi penghormatan bersama  Rayong untuk menyempurnakan upacara pecah tanah pejabat gereja berkenaan.

Tamat....




No comments:

Post a Comment