Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 May, 2011

RISDA Betong anjur sambutan Hari Keluarga di Lundu


Caption: UNTUK ALBUM...Rizal (duduk enam kiri) dan Hanapaih (duduk kiri sekali) ketika bersama kakitangan dan ahli keluarga sempena sambutan Hari Keluarga RISDA Bahagian Betong di Lundu.

SRI AMAN, Rabu (4 Mei) – Seramai 40 orang kakitangan serta ahli keluarga RISDA Bahagian Betong telah mengadakan sambutan hari keluarga yang berlangsung di Union Yes Retreat And Training Centre di Lundu kelmarin.

Pegawai RISDA Bahagian Betong, Muhd Rizal Bin Ahmad menerusi siaran medianya berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

“Ini merupakan kali pertama bagi pihak kita menganjurkan sambutan Hari Keluarga bagi RISDA Bahagian Betong semenjak kita memulakan operasi di sini (Betong) bermula dari tahun 2008 lepas.

“Kita yakin program terbabit akan dapat mewujudkan hubungan kekeluargaan yang lebih kukuh dikalangan kakitangan RISDA. Justeru diharap agar ia dapat memberi manfaat kepada semua pihak selepas ini,” katanya.

Beliau menerusi siaran media itu juga melahirkan rasa amat berbangga terhadap komitmen dan semangat jitu yang dipamerkan oleh para kakitangan RISDA Bahagian Betong ketika menjayakan program tersebut.

Terdahulu program yang bermula dari jam 2 petang hinga 5.30 petang itu telah diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah cabutan tiket bertuah, bola tampar pantai, bola sepak pantai dan sukan rakyat.

Rizal menerusi program Sambutan Hari Keluarga RISDA Bahagian Betong itu juga turut menyampaikan cenderahati kepada bekas kakitangan iaitu Haji Mohd Hanapaih bin Ayub yang telah bersara wajib pada akhir bulan lepas.

Tamat.


1 comment: