Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

RELA Sri Aman punyai 3 platun baru



Caption: UNTUK ALBUM...Bajuri (duduk tengah) bergambar kenangan bersama anggota baru platun RELA kawasan Batu Lintang Undop sebaik sahaja tamat program itu kelmarin.


SRI AMAN, Ahad (22 Mei) – Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman kini mempunyai sejumlah tiga buah platun baru yang baru ditubuhkan dalam kawasan Batu Lintang, Sri Aman kelmarin.

Tiga buah platun baru RELA Daerah Sri Aman yang baru ditubuhkan kelmarin adalah Platun RELA kawasan Titingkah, Platun RELA kawasan Sungai Tanduk Ulu dan Platun RELA kawasan Guntong.

Majlis Penyampaian Pangkat untuk anggota dalam ketiga-tiga buah platun RELA terbabit telah pun disempurnakan oleh Pegawai RELA Daerah Sri Aman, Leftenan Kolonel (RELA) Daerah Sri Aman, Bajuri Haji Adon.

Beliau ketika ditemui sebaik sahaja tamat majlis penyerahan pangkat tersebut berkata ketiga-tiga platun RELA baru dari kawasan Batu Lintang terbabit kini mempunyai sejumlah 96 orang anggota baru.

Menurut beliau Platun RELA kawasan Titingkah diketuai oleh Leftenan Chembol anak Dagai, Platun RELA kawasan Sungai Tanduk Ulu diketuai oleh Leftenan Entoi anak Tenggil dan Platun RELA kawasan Guntong diketuai oleh Leftenan Entunsing anak Nanang.

“Pertambahan sejumlah tiga buah platun baru ini secara tidak langsung akan menguatkan lagi ketumbukan pasukan RELA Daerah Sri Aman dalam membantu menjaga keamanan kawasan Sri Aman.

“Justeru saya berharap kesemua anggota baru RELA dari ketiga-tiga buah platun baru ini akan dapat menjalankan tugas masing-masing dengan lebih bertanggungjawab di masa akan datang,” katanya sambil menambah kawasan Batu Lintang kini sudah pun mempunyai sebanyak tujuh buah platun RELA yang sedang beroperasi.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Penolong Pegawai RELA Daerah (PPRD) Sri Aman, Mejar Joshua anak Ijau, PPRD Sri Aman, Mejar Mohd Azim bin Awang Ibrahim dan Ketua Perhubungan RELA Kawasan, Leftenan Zulia Haji Jemat.

Tamat.

No comments:

Post a Comment