Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 May, 2011

Ragnal Johnothan dinobat sebagai JUara Pekit Kumang SIDS Sri Aman 2011


Caption: ANGGUN...Juara Pekit Kumang iaitu Ragnal bergambar kenangan bersama Phyrilis (kiri) dan Vanieza (kanan) sebaik sahaja tamat pertandingan itu.

SRI AMAN, Ahad (15 Mei) – Tuah menyebelahi seorang pekerja salon dalam bandar Sri Aman apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Pekit Kumang Gawai Dayak 2011 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Pertandingan (Pekit) Kumang Gawai Dayak yang diadakan bersempena dengan Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2011 menyaksikan Ragnal Johnnothan 18, dari Taman Vistagro, Sri Aman muncul juara bagi pertandingan terbabit.

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM800,  piala kejuaraan, Selampai Kumang, sijil dan Bunga Jari pada majlis berkenaan.

Naib juara Pekit Kumang Gawai Dayak 2011 ini pula dimenangi oleh Phyrilis Daong Junie, dari Taman Desa Indah yang memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM700, piala, Bungai Jari dan sijil pada pertandingan itu hasil tajaan SIDS cawangan Sri Aman.

Kedudukan tempat ketiga pula telah dimenangi oleh Vanieza Shanen Cillie, yang memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai RM600, Bunga Jari, sijil dan piala pada pertandingan berkenaan.

Lima orang lagi peserta yang memperoleh hadiah saguhati berupa wang tunai bernilai RM200 ialah Bellynie Johnek, Annie anak Salang, Emillia Rudy Landong, Alice Ritia Pangai dan Ancyandi anak Francis.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2011 yang dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Residen Sibu, Sim Khok Kee dan Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas.

Isteri Harden iaitu Datin Simba anak Nalang telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah wang tunai, selampai kumang dan piala kepada peserta bagi pertandingan tersebut.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2011 yang bertemakan Segulai, Sejalai, Sepenemu, Nuju Pemansang ini telah diserikan lagi dengan majlis penyampaian wang insentif pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian karaoke.


Tamat.

1 comment: