Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

03 May, 2011

Projek jalan berturap pertama di Lingga bagi tahun 2011 akan bermula dari Tanjung Bijat - Stumbin


Caption: TAHNIAH...Simoi menyampaikan sijil perlantikan Temenggung kepada Abang Johari sambil disaksikan oleh (dari kiri) Sii, Kanang, Rahman dan Bakthiar pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (3 Mei) – Kerajaan akan memulakan Projek Pembinaan Jalan Raya Berturap bagi peringkat Fasa I yang menghubungkan kawasan Tanjung Bijat hingga Stumbin, Lingga dalam bulan Mei ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Kesyukuran Kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

“Projek pembinaan jalan raya berturap sepanjang 14 kilometer akan bermula dari Tanjung Bijat hingga ke Stumbin bagi peringkat Fasa I dan selepas selesai projek itu barulah peringkat Fasa II dimulakan,” katanya tanpa menyatakan kos projek itu.

Projek pembinaan jalan raya itu kata beliau adalah merupakan hadiah kepada rakyat DUN Lingga yang memastikan kemenangan BN di kawasan mereka pada pilihan raya umum lepas.

Tanpa sokongan rakyat kata Simoi, adalah amat sukar untuk melaksanakan projek pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan dalam kawasan penempatan rakyat di kawasan DUN Lingga.

“Justeru saya berharap agar rakyat DUN Lingga terus bekerjasama dengan saya dan Kerajaan BN bagi sama-sama membangunkan kawasan ini dari masa ke semasa,” katanya.

Hadir sama ialah suami beliau iaitu Haji Mohd Obey, Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Sri Aman, Majuan Jeraie, Temenggung Kanang anak Langkau, Temenggung Sii Toh Peng, Temenggung Abang Haji Johari dan Pengerusi Pengelola Majlis, Bakhtiar Mathan dan ahli PBB DUN Lingga.

Tamat.

1 comment:

  1. Lingga, a town some 50 km from Sri Aman, will be developed into an agropolitan suburb when the road link the outside world is upgraded within the next two years.
    Some RM85 million has been allocated to upgrade the road which is in a terrible condition.
    The RM50 mil has been approved and construction will star this year. The second stage involving RM35 mil will be carried out next year.
    "This is not just an election pledge. We will keep our promises, if we do not do it in two years (upgrading the road, come look for me," Housing and Urban Development Minister Datuk Amar Abang Johari Tun Openg assured - dalam Majlis Pecah tanah Projek Rumah Mesra Rakyat di Kampung Lingga.
    (Quoted from The Star, Sarawak, Friday 8 April 2011)
    Dari petikan di atas, penduduk di sepanjang Jalan Lingga/Sri Aman - Bakong,Seduku, Sunga, Jungkong, Skirau, Stumbin, Gran, Tg Bijat, Peruan, Putat dll (bukan DUN Lingga kerana nama Lingga hanya digunakan sebagai nama shj) berhak menagih janji Datuk Amar Abang Johari dalam masa dua tahun lagi. Jika tidak, terjemahkan pendapat tuan-tuan di peti undi pilihan raya akan datang. Bak senikata lagu murid Tahun Satu " JANJI MESTI DITEPATI"

    ReplyDelete