Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2011

Program Kembara Ria Permakanan di lancar di SK Munggu Bringgin, Pantu


Caption: TAHNIAH...Bong menyampaikan hadiah kepada murid sambil disaksikan oleh Dr Murni (kanan) dan Guru Besar SK Munggu Bringgin iaitu Isa Reff (kiri) ketika berlangsungnya program itu.

PANTU, Isnin (9 Mei) - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah menganjurkan Program Kembara Ria Pemakanan Bagi Peringkat Sekolah Rendah Negeri Sarawak Tahun 2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringgin, Pantu, baru-baru ini.

Program yang turut dianjurkan secara kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman dan Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman itu telah membabitkan penyertaan daripada 10 buah sekolah rendah berhampiran.

10 buah sekolah tersebut adalah SK Abok, SK Selanjan, SK Aping, SK Saint Leo Gayau, SK Saint Martin, SK Jaong, Sekolah Jenis Kebangsaan ( C ) Chung Hua Pantu, SJK ( C ) Chung Hua Bakong dan SK Pantu.

“Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid-murid sekolah, para ibubapa, para guru dan pengendali kantin tentang amalan serta penyediaan makanan sihat untuk murid sekolah rendah.

“Justeru kami berharap agar program ini akan dapat membantu memelihara tahap kesihatan murdi sekolah rendah dalam mengharungi sesi pembelajaran masing-masing di sekolah selepas ini,” kata jurucakap penganjur ketika ditemui pada program itu.

Bagi menjayakan program ini, pihaknya menurut beliau telah mengadakan pelbagai pengisian aktiviti yang menarik antaranya ialah ceramah pemakanan sihat, saringan kesihatan, jerayawara, pameran dan permainan dan kuiz kesihatan bagi pelajar sekolah.

SK Munggu Bringin menerusi program itu telah bejaya mendapat tempat pertama sambil diikuti oleh SK Abok yang menduduki tempat kedua dan SK Selanjan di kedudukan tempat ketiga bagi keputusan pertandingan kuiz dan permainan yang telah diadakan.

Terdahulu wakil Pengarah Kesihatan Negeri, Bong Mee Wan telah merasmikan program itu sambil disaksikan oleh Penolong Penyelia Unit Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman, Rogaya Haji Rabai, Pegawai Kesihatan Bahagian Sri Aman, Dr Murnihayati Ali,  para tetamu jemputan dan ibubapa murid.

Tamat.

No comments:

Post a Comment