Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

PPWS Kuching lawat kolam ikan keli Abang Naim



Caption: TIMBA ILMU...Ahli PPWS Kuching / Samarahan bergambar kenangan di hadapan tapak perternakan ikan keli milik Abang Naim baru-baru ini.

SIMUNJAN, Ahad (22 Mei) - Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kawasan Kuching / Samarahan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke tapak Penternakan Ikan Keli Abang Naim bin Abang Pauzi di Taman Hijrah, Simunjan baru-baru ini.

Rombongan sambil belajar PPWS kawasan Kuching / Simunjan ke tapak penternakan ikan keli Abang Naim yang disertai seramai 15 orang ahli itu telah diketuai oleh pengerusi mereka iaitu Edeline Yars.

Edeline ketika ditemui pada sesi lawatan tersebut berkata lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk melihat langkah penternakan ikan keli yang diusahakan menerusi teknik penggunaan kanvas.

“Menerusi lawatan ini pihak PPWS kawasan Kuching / Samarahan akan dapat mengetahui selok belok pemeliharaan ikan keli disamping dapat menambah pengetahuan berguna dalam diri setiap ahli.

“Justeru diharap agar semua ahli PPWS Kuching / Samarahan yang menyertai lawatan sambil belajar terbabit akan dapat memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang mereka timba pada masa akan datang,” katanya.

Manakala itu salah seorang ahli rombongan sambil belajar terbabit iaitu Sharifah Haria Sayit Tuah berharap agar beliau dapat mencontohi kaedah penternakan tersebut untuk dilaksanakan di tempat beliau selepas ini.

Menerusi sesi rombongan sambil belajar ini, kesemua ahli PPWS Kuching / Samarahan telah mendengar taklimat serba sedikit mengenai cara-cara penternakan ikan keli yang disampaikan oleh Abang Naim.

Hadir sama ialah Pengelola PPWS Kawasan Kuching / Samarahan, Maria Corecci Thomas, Pengerusi PPWS cawangan Taman Hijrah Fasa ll, Ramlah Haji Labah dan Pengerusi PPWS Daerah Sri Aman, Saidah Saibi.

Tamat.

No comments:

Post a Comment