Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

Pertandingan Bola Sepak YB Wahab Aziz - MPOB belasah Merah Junior




Caption:

1. KAMI JUARA!!! Pasukan MPOB muncul juara bagi perlawanan pembukaan tirai Kejohanan Bola Sepak Piala YB Wahab Aziz.

2. RASMI...Wahab sedang menyempurnakan upacara sepak mula bagi membuka tirai kejohanan bola sepak berkenaan.

- 22 Mei

Pasukan MPOB Elite telah membelasah pasukan Merah Junior FC menerusi jaringan gol 3 – 1 ketika berlangsung Perlawanan Pembuka Tirai Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Haji Abdul Wahab Aziz di Padang Majlis Daerah Saratok kelmarin.

Menurut siaran media oleh Adiey Safarman, gol pertama perlawanan pembukaan berkenaan telah dijaringkan oleh pemain MPOB, Sapawie Chee melalui sepakan penalti pada minit ke-24 apabila bola terkena tangan salah seorang pemain Merah Junior.

Pasukan MPOB sekali lagi menjaringkan gol kedua mereka apabila Morshidi Suhaili melakukan sepakan percuma dari jarak 45 meter untuk menewaskan penjaga gol pasukan Merah Junior pada minit ke 45 separuh masa pertama.

Namun begitu pasukan Merah Junior yang dibarisi para pemain muda berjaya merapatkan jurang gol perlawanan apabila Sudirman Abdullah menjaringkan gol pada minit ke-52 pada separuh masa kedua melalui sepakan percuma pada jarak 25 meter.

Kegembiraan pasukan Merah Junior nyata tidak kekal lama apabila pasukan MPOB menerusi Sapawi Chee berjaya menanduk masuk hantaran bola daripada Ismail Unai pada minit ke-64 perlawanan.

Pada perlawanan berkenaan satu kad merah telah dilayangkan oleh pengadil perlawanan apabila pemain gantian Merah Junior FC iaitu Mohd Fahrof Shafik bertindak mengasari penjaga gol MPOB.

Jurulatih MPOB, Abdul Rahman ketika ditemui telah melahirkan rasa berpuas hati terhadaop corak persembahan dan permainan anak-anak buahnya ketika turun menentang pasukan Merah Junior FC.

“Ketangkasan pertahanan pasukan Merah Junior telah menyelamatkan banyak serangan berbahaya sekaligus menafikan segala peluang yang terbuka untuk pasukan kami menjaringkan lebih banyak gol,”menurut beliau.

Abdul Rahman berkata,kombinasi barisan serangan pasukan mereka belum lagi menampakkan sentuhan dan agak tumpul untuk mencipta segala peluang gol.

Beliau mengakui MPOB mempunyai ramai pemain berpengalaman dan beberapa muka baru tetapi masih belum cukup untuk mengukuhkan jentera pasukan.

Sementara itu, pengurus dan jurulatih pasukan Merah Junior FC , Kasdi B Pandi berkata anak-anak buahnya banyak mencipta peluang walaupun namun belum bersedia ekoran latihan yang tidak tersusun sebelum ini.

Acara sepak mula untuk perlawanan pembukaan itu telah disempurnakan oleh Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar dan Perumahan, Abdul Wahab bin Aziz sambil disaksikan oleh Pengerusi Pengelola Pertandingan, Abadi Hussein, Penolong Pengerusi, Wan Ismail Wan Zamahari dan Pegawai Tadbir Sarawak, Rangen Jamang.

Kejohanan yang disertai sebanyak 17 buah pasukan itu menawarkan hadiah bernilai RM3,000 dan piala untuk pasukan juara, RM1,800 dan piala untuk naib juara naib juara, hadiah RM500 serta piala untuk dua buah pasukan yang berjaya melangkah ke separuh akhir perlawanan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment