Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

Pelihara budaya dan adat resam - Harden



Caption: UNTUK ALBUM...Harden (tengah) bersama Albert (kiri) ketika bergambar kenangan bersama peserta Bintang Kecil 2011 di sini malam tadi.


SRI AMAN, Ahad (22 Mei) – Kerajaan mengamalkan dasar berpandangan jauh ke hadapan untuk memelihara kestabilan politik di negara ini dengan mewujudkan hubungan perpaduan antara kaum yang utuh.

Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis berkata kerajaan kestabilan politik ini dipelihara dengan memperbanyakkan aktiviti bercorak kebudayaan dan adat resam semua kaum dari masa ke semasa.

“Selain daripada saluran media, kerajaan menerusi jabatan dan agensinya telah turun padang untuk menganjurkan pelbagai program bercorak kebudayaan dikalangan rakyat berbilang kaum dalam negara ini.

“Tujuannya adalah untuk menyedarkan betapanya nilai kebudayaan dan adat resam dikalangan rakyat. Dengan berbuat demikian perpaduan antara kaum dapat diwujudkan dalam memacu kestabilan politik di negara ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Bintang Kencil 2011 dan Pentas Gawai Dayak anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman di Mini Stadium Sri Aman malam tadi.

Selain itu pemikiran golongan kanak-kanak kata Harden perlu dibentuk mulai sekarang agar mereka dapat seiring dengan kemajuan pembangunan negara pada masa akan datang.

“Kita mahu anak-anak pada masa sekarang untuk mempersiapkan diri masing-masing dengan menguasai segala ilmu pendidikan dan kemahiran yang sedia ada menjelang kepesatan pembangunan negara selepas ini.

“Apabila usaha ini berjaya dilakukan, negara tidak akan mengalami masalah kekurangan kekurangan modal insan berkualiti bagi mengisi kekosongan di setiap sektor pembangunan negara,” katanya.

Hadir sama pada majlis berkenaan adalah isteri beliau, Datin Simba Nalang, wakil Pengarah Penyiaran Sarawak, Albert Mentri Tudin, pemangku Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Valentino Jeffryson Munjan dan Ketua Bahagian Rancangan RTM Sri Aman, Ruth Ampong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment