Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2011

Pelan pembangunan DUN Saribas mula diusahakan


Caption: PENGHARGAAN...Razi (kanan) menerima cenderamata daripada Tr Mujah sambil disaksikan KK Abdulah Abang Sazali ketika berlangsungnya program berkenan.


DEBAK, Isnin (9 Mei) – Usaha untuk membangunkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas kini sudah mula diusahakan kata wakil rakyatnya iaitu Ricky @ Mohammad Razi Sitam.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat 2011 yang berlangsung di Rumah Mujah, Lubok, di daerah kecil Debak, Betong baru-baru ini.

“Saya telah pun berjumpa dengan beberapa orang Menteri Kabinet Menteri Sarawak untuk berbincang mengenai cadangan bagi melaksana projek perumahan dalam kawasan DUN Saribas,” katanya.

Razi juga turut menambah bahawa beliau akan mengusahakan permohonan projek bekalan eletrik 24 jam dan juga bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat Saribas dengan secepat mungkin.

Katanya permohonan mengenai projek bekalan eletrik 24 jam dan juga bekalan air bersih terbabit akan diutarakan oleh beliau kepada menteri yang berkaitan agar rakyat Saribas dapat menikmati kemudahan tersebut secepat mungkin.

“Saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat Saribas yang baru dengan sebaik mungkin. Justeru saya berharap agar semua rakyat dapat terus memberi kerjasama kepada saya selepas ini,” katanya.

Razi menerusi ucapannya juga berharap agar rakyat di kawasan DUN Saribas tidak segan untuk menegur kelemahan dan kesilapan beliau sepanjang menjadi wakil rakyat dalam kawasan mereka mulai sekarang.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada rakyat Rumah Mujah kerana tidak sempat menjenguk ke sini ketika berlangsung musim pilihan raya umum lepas disebabkan oleh terlalu sibuk,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment