Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 May, 2011

Pekit Kumang Gawai malam ini (14 Mei)


Mugshot: ROSELYN ABU NAWAS


SRI AMAN, Khamis (12 Mei) – Pertandingan atau Pekit Kumang Gawai Dayak 2011 akan memeriahkan lagi suasana sambutan Majlis Perayaan Gawai Dayak 2011 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman pada 14 Mei ini.

Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abu Nawas ketika dihubungi berkata seramai lapan orang peserta wanita telah mengesahkan penyertaan masing-masing dalam pertandingan yang akan berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman itu nanti.

“Juara Pekit Kumang sempena sambutan Gawai Dayak 2011 ini nanti akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800, piala kejuaraan, Selampai Kumang dan bunga jari.

“Manakala itu pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM700 dan RM600 beserta dengan piala, selampai dan juga bunga jari,” menurut beliau.

Selain itu lima orang peserta yang gagal memperoleh kedudukan juara hingga tempat ketiga kata Roselyn akan membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM200 seorang sesuai dengan tema sambutan majlis iaitu Segulai, Sejalai, Sepenemu, Nuju Pemansang.

Justeru beliau berharap agar Pekit Kumang ini akan dapat memeriahkan lagi suasana sambutan Majlis Sambutan Gawai Dayak 2011 SIDS Sri Aman yang dijadual berlangsung pada jam 7 petang.

“Majlis itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis. Hadir sama ialah Menteri Permodenan Pertanian, Mong Dagang dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat,” katanya.

Antara acara yang turut berlangsung pada malam itu nanti ialah persembahan Ajat Iban, persembahan nyanyian lagu daripada kugiran muzik, majlis penyampaian wang insentif pelajar cemerlang untuk anak ahli SIDS Sri Aman dan cabutan tiket bertuah.

Tamat.




No comments:

Post a Comment