Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 May, 2011

Nilaikan peranan pembangkang dan BN - Nyalau


Caption: UNTUKMU...Nyalau menyampaikan cek kepada salah seorang tuai rumah sambil disaksikan oleh Rayong (tengah) dan Jack (dua kanan) pada majlis itu.


ENGKILILI, Sabtu (14 Mei) – Barisan pemimpin pembangkang hanya hadir ke negeri ini ketika menjelang pilihan raya dan bukannya pada hari biasa untuk bertemu dengan rakyat kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak.

Ini kata beliau sekaligus membuktikan bahawa pihak pembangkang hanya mahu meraih sokongan politik daripada mereka dan bukannya turun padang untuk menyelesaikan masalah hidup rakyat.

“Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pula sering turun padang untuk menyelesaikan masalah hidup rakyat pada sepanjang masa dan bukannya seperti pihak pembangkang yang datang hanya pada musim pilihan raya.

“Justeru saya berharap agar rakyat tidak mudah terpedaya dengan hasutan pihak pembangkang yang hanya mahu meraih sokongan politik daripada mereka pada pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada  Majlis Kesyukuran sempena Kemenangan Dr Johnnical Rayong anak Ngipa bagi DUN Engkilili serta Pra Gawai 2011 anjuran JKKK (INDUK) Skim Skrang bertempat Balai Raya Skim Skrang baru-baru ini.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan semua rakyat untuk terus menyokong kerajaan BN agar projek pembangunan dapat dilaksanakan dalam kawasan mereka untuk sepanjang masa.

“Adalah tidak berbaloi bagi rakyat untuk menyokong pihak pembangkang. Ia merugikan masa depan pembangunan di kawasan mereka berbanding dengan kawasan yang menerima kepimpinan BN,” katanya.

Dalam majlis itu, Nyalau telah memgumumkan bahawa peruntukan bagi membesarkan Balai Raya Skim Skrang berjumlah RM50,000 telah diluluskan

Hadir sama ialah ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pegawai Daerah Lubok Antu, Jack Aman Luat,  Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili, Brayan anak Lenya dan ketua kaum di sini.

Tamat...


No comments:

Post a Comment