Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 May, 2011

Mesti berpandangan jauh ke hadapan



Caption: PENGHARGAAN...Harden (kanan sekali) menyaksikan Tr Lutang menyampaikan cenderahati kepada Dato Ramli ketika berlangsung majlis itu.


SRI AMAN, Khamis (19 Mei) – Rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang diseru untuk bersikap berpandangan jauh ke hadapan mulai sekarang kata wakil rakyatnya, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Dengan bersikap demikian kata beliau, kerajaan Barisan Nasional (BN) akan dapat melaksanakan projek pembangunan di kawasan DUN Simanggang dengan lebih lancar dari masa ke semasa.

“Jika rakyat berfikiran cetek iaitu misalnya menolak kepimpinan BN dan menyokong pembangkang maka sudah tentu pelan pembangunan di kawasan DUN Simanggang akan terbantut.

“Saya mahu rakyat memikirkan masa depan hidup anak cucu mereka. Jika rakyat bersikap berpandangan jauh ke hadapan maka mereka akan terus menyokong BN secara berterusan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Jiwa Murni Bersama Angkatan Tentera Darat bertempat di Rumah Lutang, Sengelau, Batu Lintang, Sri Aman kelmarin.

Selain itu BN kata Harden akan meneruskan usaha untuk membangunkan kawasan luar bandar di kawasan DUN Simanggang memandangkan rakyat sudah membuktikan kesetiaan mereka pada pilihan raya umum lepas.

“Usaha untuk menaiktaraf kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar, bekalan air bersih dan jalan raya akan tetapkan diusahakan dalam kawasan luar bandar DUN Simanggang dari masa ke semasa,” kata beliau.

Hadir sama pada Program Jiwa Murni ini adalah Panglima 3 Briged, Brigediar Jeneral Dato Mohd Ramli bin Jaafar dan Pegawai Pemerintah 13 Rejimen Askar Melayu Diraja, Leftenan Kolonel Zamawi bin Adam.

Tamat.

No comments:

Post a Comment