Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2011

Land & Survey Betong anjur perhimpunan


Caption: FOKUS...Kakitangan JTS Betong ketika menghadiri sesi perhimpunan di Betong baru-baru ini.

Abang Hipeni Abang Ashim

BETONG, Jumaat (6 Mei) – Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong telah mengadakan satu majlis perhimpunan bertempat di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Betong baru-baru ini.

Jurucakap penganjur berkata majlis perhimpunan membabitkan Penguasa JTS Bahagian Betong iaitu Peggy Ronin Edin dan kesemua kakitangan beliau yang berkhidmat di jabatan berkenaan.

“Perhimpunan ini adalah yang pertama semenjak JTS Bahagian Betong ditubuhkan. Ia merupakan salah satu saluran bagi penguasa (Peggy) untuk bertemu dan berkomunkasi secara terus dengan kakitangan beliau,” katanya.

Sementara itu Peggy menerusi ucapan ringkasnya menyeru para kakitangan JTS Betong agar lebih peka terhadap perkara yang dimaksudkan dengan Inisiatif Baru Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Katanya kakitangan JTS Bahagian Betong perlu bertindak sebagai pengantara dan penyalur maklumat antara rakyat dengan kerajaan mengenai perkara yang dimaksudkan sebagai Inisiatif Baru NCR.

Ia penting agar rakyat terutama sekali pemilik tanah NCR lebih mudah faham tentang Inisiatif Baru NCR yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menyelesaikan isu tanah sebelum ini.

“Justeru diharap agar kakitangan JTS Bahagian Betong lebih berdisiplin, berfikiran positif, berdidikasi, berintergriti serta berpengetahuan luas dalam menjalankan tugas harian yang kian mencabar pada masa sekarang,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment