Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

Komputer Riba 1Malaysia - Lapor kepada SKMM jika terima bil internet (jika dakwa tak guna perkhidmatan itu)

SRI AMAN, Sabtu (21 Mei) – Pemilik komputer riba 1Malaysia sekali lagi digesa untuk menghubungi pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) jika menerima bil penyata internet yang mereka dakwa tidak pernah gunakan selama ini.

Penolong Pengarah SKMM Sarawak, Sarani Kanaidi berkata gesaan ini dikeluarkan berhubung aduan pemilik komputer riba 1Malaysia di Limbang yang mendakwa telah menerima bil terbabit namun tidak pernah menggunakan internet sebelum itu.

“Pemilik yang ada menerima bil dari penyedia perkhidmatan telekomunikasi namun tidak pernah menggunakan perkhidmatan mereka kerana disebabkan faktor ketiadaan liputan dan lain sebab-sebab diminta menghubungi pihak kami dengan segera.

“Mereka boleh menghubungi pihak SKMM di Miri dan Kuching atau menghubungi ibupejabat kami di Putrajaya, Kuala Lumpur bagi tujuan tindakan lanjut,” katanya ketika bercakap pada sidang media sebaik sahaja tamat Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia bertempat di Dewan Hollis Tini, SMK Sri Aman hari ini.

Terdahulu Sarani ketika berucap pada majlis berkenaan menjelaskan bahawa sejumlah 14,500 buah unit komputer riba 1Malaysia telah diagihkan kepada pelajar di Sarawak bagi peringkat Fasa I pada bulan Ogos tahun lepas.

Usaha terbabit katanya telah disusuli dengan peruntukan sebanyak 60,000 buah unit komputer riba 1Malaysia untuk pelajar dan penerima awam di Sarawak bagi peringkat Fasa II yang telah bermula awal tahun ini.

“Daripada jumlah itu sebanyak 2,100 buah unit komputer riba 1Malaysia akan diterima oleh penerima awam dan pelajar dalam kawasan Parlimen Sri Aman bagi peringkat Fasa II ini,” katanya.

Majlis yang dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat itu turut dihadiri oleh wakil Residen Sri Aman, Zaidi Sarkawi, Temenggung Kanang Langkau, Pengetua SMK Sri Aman, Joseph Junting Resa, para pegawai kerajaan dan ketua kaum dari kawasan Parlimen Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment