Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2011

Kelab Prostar Sekolah Bahagian Sri Aman anjur Kem Prostar


Caption: MESRA...Para peserta PROSTAR sedang berhimpun dengan penduduk Rumah Umbek, Kejatau ketika berlangsung aktiviti Out Reach di situ.

Gabriel Alexis Kibes

SRI AMAN, Rabu (18 Mei) - Kelab PROSTAR sekolah Bahagian Sri Aman telah melaksanakan Kem PROSTAR peringkat bahagian Sri Aman bertempat di Bilik Konferen, Asrama Pelatih Penolong Pegawai Perubatan di Jalan Sabu, Sri Aman kelmarin.

PROSTAR, iaitu nama singkat kepada “Program Sihat Untuk Remaja” adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha menangani masalah HIV / AIDS disamping mengalakkan remaja untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

“Seramai 54 orang Prostarian dari enam buah sekolah telah mengikuti Kem PROSTAR terbabit antaranya ialah kelab PROSTAR SMK Sri Aman, SMK Engkelili, SMK Saint Luke, SMK Melugu, SMK Lubok Antu dan SMK Simanggang.

“Program yang berlangsung selama sehari itu dijayakan menerusi aktiviti Taklimat Program PROSTAR, ceramah HIV / AIDS, bahaya rokok, pertandingan karaoke, permainan dan banyak lagi,” kata jurucakap penganjur.

Sebaik sahaja selesai aktiviti itu, para peserta PROSTAR kemudiannya berangkat ke Rumah Umbek anak Anchat, Kampung Seri Wangi, Kejatau untuk menjayakan perlaksanaan aktiviti ‘Out Reach’.

Program ‘Out Reach’ yang berlangsung di Rumah Umbek berkenaan secara tidak langsung akan membolehkan para peserta PROSTAR INI melaksanakan aktiviti kemasyarakat demi kebaikan semua pihak.

“Justeru pihak kami berharap agar program seumpama ini akan dapat melahirkan lebih ramai golongan remaja yang dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan seterusnya mengelak dari terjebak dalam amalan yang mengundang jangkitan penyakit HIV / AIDS selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment