Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 May, 2011

Kejohanan Ragbi di Betong meriah



Caption:

1. TAHNIAH...Samshuddin menyampaikan piala kepada pasukan pemenang bagi kejohanan tersebut.

2. KAMI JUARA...Pasukan Kolej Abdillah dan SK Agama Kuching bergambar kenangan sebaik sahaja tamat kejohanan itu.

Saleman Senin

BETONG, Isnin (16 Mei) – Pasukan Kuching muncul juara bagi Kategori 18 Tahun Ke Bawah, Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSS) 2011 yang berlangsung di Padang Sekolah Menengah Teknik Vokasional Betong baru-baru ini.

Kejohanan yang turut berlangsung di Padang Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Betong itu juga menyaksikan Kuching menumpaskan Samarahan dalam perlawananan akhir kategori tersebut.

Kedudukan tempat ketiga berkenaan pula dimenangi oleh pasukan Sibu menumpaskan pasukan tuan rumah iaitu Betong manakala Miri pula hanya mampu meraih kedudukan tercorot dalam kategori itu.

Sementara itu Kategori 15 Tahun Ke Bawah pula menyaksikan pasukan Kolej DPAH Abdillah Kuching menumpaskan pasukan SMK Agama SHOAW Kuching dalam perlawanan akhir.

Kedudukan tempat ketiga bagi kategori itu pula menyaksikan pasukan Wira Penrissen muncul pemenang tempat ketiga setelah menewaskan pasukan Secred Heart dalam masa tambahan.

Kategori 12 Tahun Ke Bawah pula menyaksikan pasukan Kuching muncul juara manakala Sibu, Betong dan Samarahan masing-masing menduduki kedudukan tempat kedua, ketiga dan keempat pada kejohanan itu.

Majlis penyampaian hadiah dan penutupan majlis kejohanan tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Samsuddin bin Drahman sambil disaksikan oleh para pengetua di Betong.

Tamat.

1 comment: