Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 May, 2011

JPAM adakan kursus pengambilan terbuka pada 1 Mei lepas


SRI AMAN, Sabtu (30 April) – Jabatan Pertahanan Awan Malaysia (JPAM) Sri Aman telah mengadakan sesi pengambilan terbuka anggota baru jabatan terbabit bertempat di Taman Tebingan Sungai Batang Lupar Sri Aman kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah, JPAM Sri Aman, Staf Kanan (PA) Nur Fikry bin Usop berkata sesi pengambilan terbuka anggota baru ini akan bermula dari jam 8 pagi hingga 2 petang.

”JPAM Sri Aman menyahut seruan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein untuk menyemai semangat kesukarelaan dikalangan remaja dalam negeri ini.

“Justeru pihak kita telah mengadakan sesi pengambilan terbuka ini demi mengalakkan penglibatan lebih ramai golongan remaja Sri Aman ke dalam JPAM Sri Aman selepas ini,” katanya.

Fikry turut menambah bahawa JPAM Sri Aman mensasarkan seramai 1,700 orang anggota baru bagi JPAM Sri Aman dengan jumlah keanggotaan terkininya iaitu 565 orang.

Selain itu pihak kami juga telah mengadakan Latihan Search and Rescue bagi menguji tahap kecekapan dan kemahiran setiap anggota JPAM Daerah Sri Aman pada hari terbabit.

Mereka yang perminat untuk menyertai JPAM boleh menghubungi saya atau Bahagian Pengurusan Angkatan dan Latihan JPAM Sri Aman menerusi talian telefon 083-323813,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment