Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2011

Join Program Tour Kecergasan di Kuching 14 Mei ini


Caption: MENARIK...Brochure menunjukkan promosi mengenai Program Road Tour Kecergasan di Kuching pada 14 Mei ini.

SRI AMAN, Khamis (5 Mei) – Syarikat Rich Learning Sendirian Berhad akan menganjurkan Program Road Tour Kecergasan: Asas Aerobik bertempat Dewan Galeri Pustaka, Kuching pada 14 Mei ini bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada jurulatih bertaulih merangkap Penasihat Teknikal Kepada National Fitness Council, Kementerian Belia Dan Sukan serta Kementerian Kebudayaan, Warisan Dan Seni iaitu Sharifah Hanim.

“Program ini bertujuan untuk menggalakkan orang ramai mengamal budaya hidup sihat disamping memberi ilmu kepada mereka untuk dijadikan sebagai punca rezeki terutama sekali bagi golongan surirumah,” kata jurucakap penganjur iaitu  Maizatul Abdul Sahat.

Katanya program bercorak bengkel itu telah berjaya dianjurkan di Puchong, Kelantan dan Kemaman sebelum kawasan Kuching, Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Melaka serta Penang dipilih untuk tujuan ini nanti.

Maizatul pihaknya juga bakal mengadakan bengkel pertengahan dan lanjutan sebaik sahaja seselai mengadakan bengkel asas menerusi Program Road Tour Kecergasan: Asas Aerobik ini kelak.

“Pihak kami juga telah membuat promosi di majalah Wanita Hari Ini pada 24 Februari yang lalu serta turut mendapat liputan daripada Majalah Mingguan Wanita,” tambah beliau.

Justeru mereka yang berminat katanya boleh hadir ke sesi pendaftaran bermula dari jam 7.30 hingga 8.30 pagi pada 14 Mei ini di Dewan Galeri Pustaka, Kuching dengan yuran penyertaan berjumlah RM70 seorang.

“Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut yang lengkap. Mereka boleh menghubungi saya menerusi talian 017-2357381 atau melayari laman web www.richlearning.com.my untuk tujuan pengetahuan lanjut,” katanya.

Tamat.


No comments:

Post a Comment