Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 May, 2011

JKM Betong anjur Program Sehari Bersama Warga Emas



Caption: PENGHARGAAN...Emilda (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Yusri (kiri) ketika berlangsungnya majlis itu.

Saleman Senin

BETONG, Sabtu (30 April) - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Betong telah menganjurkan Program Sehari Bersama Warga Emas bertempat di Dewan Sri Abadi, Sekolah Kebangsaan Abang Abdul Kadir Betong baru-baru ini.

Program anjuran JKM Bahagian Betong yang  bertemakan “Warga Tua Aktif Hidup Produktif” itu telah hadiri oleh 73 orang ahli Pusat Perkhidmatan Warga Tua (PPWT) Bahagian Betong.

“Objektif program tersebut ialah untuk mengekalkan taraf kesihatan yang optimum disamping meningkatkan penglibatan warga tua dalam komuniti masyarakat di sekeliling mereka.

“Selain itu program ini juga bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan keperluan semasa disamping mendedahkan mereka kepada persekitaran serta kegiatan berpersatuan selepas ini,” kata jurucakap penganjur.

Sementara itu Setiausaha Kementerian Pembangunan  Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Malaysia, Mohd Yusri  Bin Mohd Yusoff ketika berucap merasmikan majlis itu berkata kepentingan golongan Warga Emas akan dititikberatkan oleh JKM sepanjang masa.

Beliau juga turut menggesa golongan masyarakat untuk sentiasa menghargai dan memberi kepercayaan terhadap golongan berkenaan disamping mendedahkan mereka terhadap program kesihatan dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar golongan Warga Emas untuk berdaftar menjadi ahli  kerana Pusat Perkhidmatan Warga Tua Betong telah pun mempunyai pusat aktiviti demi meningkatkan kecergasan fizikal dan mental untuk mereka,” katanya.

Terdahulu  program terbabit turut dijayakan dengan kehadiran kakitangan Pejabat Kesihatan Betong untuk menyampaikan ceramah mengenai penyakit Dementia (nyanyuk) kepada para peserta.

 Hadir sama ialah Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong, Emilda Piar anak Kunchui Uli dan Pengerusi PPWT Betong, Penghulu Abang Zawawie bin Abang Rajit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment