Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

15 May, 2011

Janji peruntukan RM140,500 untuk baikpulih rumah di Engkilili tertunai


Caption: GUNA DENGAN BAIK......Dr Rayong (tengah) menyampaikan bantuan membaikpulih rumah kepada salah seorang tuai rumah Skim Skrang. Turut kelihatan Nyalau (tiga kanan) dan Jack (kanan)

ENGKILILI, Ahad (15 Mei) – Sejumlah RM140,500 peruntukan membaikpulih rumah telah diserahkan kepada 281 keluarga dari 17 buah rumah panjang sekitar Penempatan Semula Skim Skrang, Engkilili.

Ia disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa menerusi Majlis Kesyukuran dan Pra Gawai 2011 di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

“Setiap keluarga menerima RM500 bagi tujuan membantu mereka membeli bahan-bahan rumah,” katanya sambil menambah bahawa ia Ia adalah janji Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin semasa melawat Rumah Joshua Lipa, Skim Skrang pada pilihan raya lepas.

Kata Rayong Muhyuddin ketika berkunjung ke rumah panjang itu mengumum peruntukan sejumlah RM1.79 juta kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili.

Menurut beliau ia membuktikan bahawa kerajaan BN  telah menunaikan janjinya tidak seperti parti pembangkang yang hanya suka melafazkan janji kepada rakyat tetapi tidak menunaikan janji mereka.

“Pemberian bantuan ini membuktikan bahawa kerajaan BN memang benar-benar menolong rakyat, kalau kami berjanji kami aku tunaikan janji tidak seperti pembangkang hanya cakap kosong sahaja,” katanya.

“Buat permulaan kita memilih rakyat yang tinggal di rumah panjang sekitar Skim Skrang untuk menerima bantuan itu manakala rumah panjang lain di kawasan DUN Engkilili akan dilakukan kemudian,” katanya.

Sementara itu kata Dr Rayong, sebuah Balai Raya baru yang bernilai RM1 juta akan dibina di Skim Skrang tidak lama lagi.

Dalam majlis itu Dr Rayong mengumumkan peruntukkan RM5000 kepada Biro Wanita JKKK (INDUK) Skim Skrang Turut hadir dalam majlis itu Pegawai Daerah Lubok Antu Jack Aman, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Engkilili Brayan anak Lenya dan ketua kaum sekitar Engkilili.

Tamat.

No comments:

Post a Comment