Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

IPD Sri Aman anjuran Pertandingan Badminton sempena Hari Polis Ke 204




Caption: SIMBOLIK...Jusoh (tengah) sedang menyempurnakan simbolik perasmian majlis dengan memukul bulu tangkis ketika berlangsungnya pertandingan itu sambil disaksikan oleh Rohana (kiri).


SRI AMAN, Sabtu (21 Mei) – Sukan boleh dijadikan sebagai platform penting untuk merapatkan lagi hubungan antara pihak Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan orang awam dari masa ke semasa.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad berkata hubungan ini membolehkan pihak PDRM melaksanakan tugas mereka agensi penguatkuasa yang unggal dalam negara ini.

“Kerjasama yang diberikan oleh orang awam kepada pihak polis akan membolehkan usaha membenteras kegiatan jenayah khasnya di Sri Aman terlaksana sepanjang masa,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman 2011 bersempena dengan sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204 anjuran PERKEP Sri Aman di Dewan Serbaguna Ibupejabat Polis Daerah Sri Aman hari ini.

Selain itu tindakan pihak polis menganjurkan aktiviti sukan untuk orang awam katanya juga secara tidak langsung akan dapat menarik penyertaan remaja yang demi mengurangkan pembabitan golongan terbabit dalam aktiviti kurang sihat selepas ini.

Terdahulu sejumlah lima buah kategori perlawanan diadakan menerusi Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman 2011 ini antaranya ialah Kategori Junior Tertutup, Kategori Senior / Junior, Kategori Wanita Bumiputera, Kategori Regu Campuran dan Kategori Persendirian Lelaki.

Kategori Junior Tertutup menyaksikan sejumlah 23 pasukan berentap dalam kategori itu, 10 pasukan dalam saingan Kategori Senior / Junior, 16 pasukan untuk Kategori Wanita Bumiputera, sembilan pasukan untuk Regu Campuran dan 12 peserta untuk Persendirian Lelaki.

Pertandingan Badminton Tertutup Sri Aman 2011 anjuran PERKEP Sri Aman itu dijangka akan berakhir pada malam Ahad (22 Mei) ini dan dirasmikan oleh Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Hadir sama pada majlis perasmian tersebut ialah Pengerusi PERKEP Sri Aman, Rohana Isnawi, Ketua Bahagian Pengurusan IPD Sri Aman, Ang Tuan Teck, para pegawai kanan dan orang awam di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment