Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2011

Hargai kesihatan diri - Dr Rayong


Caption: RASMI...Rayong sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian majlis sambil disaksikan oleh tetamu jemputan khas.


ENGKILILI, Isnin (9 Mei) – Penduduk terutama sekali golongan muda harus menghargai peranan mereka dalam memajukan negara pada masa akan datang kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Justeru beliau menasihatkan orang muda di kawasannya agar tidak memudaratkan kesihatan diri masing-masing dengan mengamalkan tabiat meminum arak secara berlebihan, menghisap rokok dan sebagainya selepas ini.

“Meminum arak secara berlebihan tidak baik untuk paru-paru kerana ia boleh mendatangkan penyakit barah begitu juga dengan amalan meminum arak sehingga mampu memudaratkan kesihatan diri.

“Ingatlah bahawa memudaratkan kesihatan diri dengan cara itu hanya akan membantutkan usaha kerajaan bagi melahirkan modal insan berkualiti pada masa akan datang,” katanya.

Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Projek Kesihatan Engkilili di perkarangan Perhentian Bas Pekan Engkilili anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menasihatkan orang Dayak dinasihat agar tidak mengamalkan tabiat pengambilan arak secara berlebihan ketika waktu lapang mahupun pada perayaan Gawai Dayak pada 1 Jun ini.

“Ia boleh menyumbang kepada penjagaan bajet keluarga yang lebih seimbang. Namun begitu bukan niat saya untuk mengalakkan mereka untuk terus berhenti minum (arak) sebaliknya mengurangkan tabiat terbabit secara beransur-ansur mulai sekarang.

“Arak tidak baik untuk kesihatan dan perbelanjaan keluarga. Justeru bertindak mengurangkan tabiat meminum arak akan dapat membantu mereka mempertingkatkan taraf kesihatan dan bajet keluarga selepas ini,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha MDLA, Lolita Jaimie Nicholas, wakil Jabatan Kesihatan Sri Aman, Gabriel Alexis Kibes, Pegawai JASA DUN Engkilili, Edwin Anchih dan para ketua kaum di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment