Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

24 May, 2011

Hak kaum wanita di Malaysia sentiasa terbela - Simoi



Caption: RASMI...Simoi sedang menyempurnakan upacara memotong kek sambil disaksikan oleh Ruth (kiri), Valentino (kanan) dan Ferdian (kiri sekali) pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (24 Mei) – Kaum wanita di negara ini harus bersyukur memandangkan kerajaan yang sedia ada mengambil berat tentang hak mereka dari segi pelbagai aspek semenjak dari dahulu hingga sekarang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata layanan kerajaan terhadap kaum di negara ini tampak jelas berbeza berbanding kaum wanita di negara timur tengah dan negara sedang membangun yang lain.

“Kaum Wanita di Malaysia diberi kelebihan dari segi pembelaan hidup mereka dalam undang-undang selain pemberian kuota terhadap golongan ini dalam bidang politik iaitu dengan memegang jawatan di kabinet menteri Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

“Anda tidak akan jumpa kelebihan ini di negara timur tengah dan negara sedang membangunan. Justeru saya menyeru semua kaum wanita untuk mengambil kelebihan ini bagi memajukan hidup keluarga masing-masing dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Ibu 2011 anjuran Kelab Bironita Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman bertempat di ruang legar jabatan tersebut hari ini.

Selain itu golongan wanita kata Simoi juga perlu dianggap ‘berdiri bersebelahan’ dengan kaum lelaki dan bukannya dibelakang kaum terbabit dalam hal memajukan negara mulai masa sekarang.

“Anda lihat kaum wanita pada masa kini juga sudah pun seiring dengan kaum lelaki dalam memacu pembangunan negara dari segi pembabitan mereka dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

“Dengan kata lain konsep wanita berjuang di belakang kaum lelaki dalam memajukan negara harus disingkirkan mulai sekarang,” katanya lalu mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar bernilai RM3,000 untuk Kelab Bironita RTM Sri Aman.

Terdahulu Simoi pada majlis itu telah menyempurnakan upacara memotong kek sambutan Hari Ibu 2011 dan cabutan tiket bertuah untuk kakitangan RTM Sri Aman yang hadir.

Hadir sama ialah Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman, Fachrio Ferdian Shah, pemangku Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Valentino Jefferyson Munjan, Pengerusi Pengelola Majlis, Ruth Ampong dan kakitangan RTM Sri Aman yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment