Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2011

Empiang lawat Hospital Betong



Caption: PRIHATIN...Empiang sedang menyampaikan hamper kepada salah seorang pesakit ketika berlangsungnya program di Hospital Betong berkenaan hari ini.

Saleman Senin

BETONG, Jumaat (20 Mei) – Kakitangan hospital perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan yang memerlukan rawatan selepas ini kata Senator Dato Sri Empiang Jabu.

Keperluan para pesakit kata beliau tidak harus dipandang mudah dan perlu diberikan layanan dengan sebaik yang mungkin demi menjaga imej dan nama baik sesebuah hospital untuk sepanjang.

“Pesakit adalah pelanggan utama sesebuah hospital. Justeru adalah menjadi tanggungjawab bagi semua kakitangan untuk memberi yang terbaik terhadap para pesakit yang datang untuk memerlukan rawatan daripada mereka selepas ini,” katanya.

Empiang berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Penyampaian Hamper sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak 2011 di Hospital Bahagian Betong hari ini.

Selain itu beliau juga turut memuji pengurusan pihak Hospital Betong yang sempurna dan berkualiti disebabkan oleh keupayaan mereka untuk mewujudkan keadaan persekitaran yang bersih dan ceria selama ini.


”Diharap agar Pengarah Hospital Betong segera menulis surat kepada saya selepas ini bagi mendapatkan peralatan Inkubator memandangkan Hospital Betong belum mempunyai bekalan peralatan itu hingga sekarang,” katanya.

Empiang yang juga merupakan pemangku Pengerusi Persatuan Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri Menteri (SABATI) menyumbang sebanyak RM3,000 kepada Kelab Perubatan Betong bagi mereka menjalankan aktiviti kelab pada majlis itu.


Terdahulu Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Betong telah diberi tanggungjawab untuk mengelolakan Majlis Penyampaian Hamper yang dianjurkan oleh Komiti Sambutan Gawai Dayak Bahagian Betong 2011.


Dalam majlis berkenaan, Empiang berkesempatan menyerahkan hamper kepada 60 orang pesakit di Haemodialysis Unit, Wad Kanak-kanak, wad Bersalin dan wad Umum Hospital Betong

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, Pengarah Hospital Betong, Dr. Ho Kian Hui, Pengerusi Gawai Dayak 2011, Jamesy Mijek dan Penolong Pengarah Bahagian Jabatan Kebajikan Masyarakat Betong, Emilda Piar anak Kunchui Uli.

Tamat

No comments:

Post a Comment