Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

01 May, 2011


Caption: UNTUK ALBUM...Arni (duduk tengah) dan Padang (kanan) ketika bersama para guru selepas tamat mesyuarat terbabit baru-baru ini.


SRI AMAN, Sabtu (30 April) – Seramai 26 orang guru Bahasa Iban melibatkan diri dalam Mesyuarat Membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Iban bertempat di Hotel Kingwood, Sibu baru-baru ini.

Siaran media kepada Utusan Sarawak hari ini memberitahu mesyuarat yang berlangsung selama empat hari itu adalah merupakan anjuran Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“Mesyuarat ini bertujuan untuk membina Dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012.

“Tujuan lain juga ialah untuk membina dan menyiapkan buku aktiviti murid ( BAM ) matapelajaran Bahasa Iban Tahun 2 sesuai dengan kehendak Kurikulum Standart Sekolah Rendah (KSSR) bagi kegunaan tahun 2012,” menurut kenyataan itu.

Selain itu penglibatan guru Bahasa Iban dalam Mesyuarat ini katanya secara tidak langsung akan menyumbang kepada proses peningkatan pembelajaran Bahasa Iban dikalangan murid Tahun 2 mulai tahun hadapan.

Justeru diharap agar Mesyuarat ini akan dapat melahirkan Dokumen Standard Bahasa Iban Tahun 2 dan Buku Aktviiti Murid ( BAM ) yang lebih berkualiti untuk kegunaan murid pada tahun hadapan.

Terdahulu mesyuarat ini telah diketuai oleh Ketua Unit  dari Unit Bahasa Etnik, Sektor Bahasa dan Kesusasteraan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM iaitu Arni binti Zainir dan Penolong Pengarah Unit Bahasa Etnik ( KPM ), Padang Luna.

Mesyuarat berkenaan turut dijayakan dengan kehadiran Pensyarah dari IPG Rajang, Mamat anak Unggat berserta dengan 26 orang guru dari seluruh bahagian di Sarawak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment