Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 May, 2011

Pendaftaran pelajar tingkatan 6 SMK Saratok bermula


Caption: SIBUK... Para pelajar lepasan SPM kelihatan sedang sibuk memohon kemasukan ke Tingkatan Enam SMK BM Saratok ketika berlangsungnya sesi berkenaan.

Artikel ini diemail oleh Adi Safarman

SRI AMAN, Rabu (11 Mei) - Pendaftaran untuk memasuki Tingkatan Enam untuk sesi akademik 2011-2012 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bahasa Malaysia (BM), Saratok pada pagi 9 Mei lepas.

Kenyataan media di sini memberitahu sejumlah 206 pelajar lelaki dan perempuan dari daerah Saratok, Kabong, Betong,dan Saribas telah mendaftar untuk kemasukan Tingkatan Enam 2011-2012 menerusi sesi berkenaan.

Sesi pendaftaran yang bermula seawal 8 pagi itu dilaporkan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul dengan ibu bapa para pelajar hadir sama pada sesi pendaftaran kemasukan berkenaan.

“Pihak pengurusan SMK BM Saratok masih membuka sesi ini kepada mana-mana pelajar lepasan SPM tahun 2010 yang gagal memohon kemasukan ke tingkatan enam menerusi sesi tersebut.

“Golongan ini dinasihatkan untuk membuat rayuan kemasukan ke tingkatan enam ini selagi mereka memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM),” kata jurucakap sekolah terbabit iaitu Abdul Latip.

Beliau menerusi kenyataan itu juga berkata bahawa pihak sekolah turut menyediakan enam buah kelas Tingkatan Enam Bawah bagi menempatkan para pelajar terbabit antaranya ialah kelas Sains (sebuah) , kelas Seni Visual (dua buah) dan kelas Kemanusiaan (tiga buah).

Terdahulu kesemua 206 pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan Enam berkenaan telah menghadiri sesi taklimat yang diselaraskan oleh guru penyelaras tingkatan enam SMK BM Saratok iaitu Dom Nambi.

Program Orientasi untuk kesemua pelajar Tingkatan Enam SMK BM Saratok ini akan diadakan selama tiga hari bermula 23 Mei depan.

Tamat.



No comments:

Post a Comment