Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 May, 2011

Bankers juara Kejohanan Futsal Betong 2011


Caption: KAMI JUARA!!! Pasukan Bankers bergambar kemenangan setelah muncul juara kategori lelaki Kejohanan Futsal Betong 2011.

Saleman Senin

- 9 Mei
Skuad Bankers berjaya membuktikan keunggulan mereka dalam sukan futsal di Betong setelah berjaya menewaskan skuad As Naufal pada perlawanan akhir Kejohanan Futsal Betong 2011 kelmarin.

Bankers yang membariskan pemain muda berbakat dan serba pengalaman itu berjaya mencatat kemenangan tipis ke atas As Naufal menerusi jaringan gol 2 – 1 pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Dengan kemenangan ini sang juara telah berjaya membawa pulang hadian wang tunai bernilai RM1,000, piala iringan dan pingat manakala pasukan naib juara iaiu As Naufal berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM500, piala iringan serta pingat.

Skuad Pelados FC pula berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan pingat setelah berjaya memperoleh kedudukan tempat keiga dalam kejohanan futsal berkenaan.

Mereka muncul pemenang tempat ketiga setelah membelasah skuad Munggu Lalang menerusi jaringan gol 6 – 2 dan sekaligus membolehkan skuad pemenang tempat keempat itu membawa pulang hadiah wang saguhati bernilai RM100 dan pingat.

Sementara itu perlawanan akhir bagi Kategori Wanita untuk Kejohanan Futsal Betong 2011 pula ini menyaksikan skuad Bankers membelasah skuad Ladies FC dengan jaringan gol 8 – 0.

Manakala itu pula skuad Spala FC setelah berjaya menumpaskan skuad Cinta Semesta menerusi sepakan penalti dengan jaringan gol 2 -1 apabila kedua-dua pihak terikat 3 – 3 setelah tamat masa tambahan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang telah disempurnakan oleh wakil Persatuan Bolasepak Bahagian Betong iaitu Philip Jabu sejurus tamat perlawanan akhir di dewan tersebut.

Pihak penganjur juga turut mengumumkan bahawa pasukan juara dan naib juara bagi kedua-dua kategori akan mewakili Bahagian Betong ke kejohanan Piala Juara-Juara Futsal yang akan dilangsungkan di bahagian Miri pada 16 dan 17 Mei ini nanti.

Kejohanan yang berlangsung dari 7 hingga 8 Mei menyaksikan sebanyak 18 buah pasukan berentap dalam Kategori Lelaki dan enam pasukan dalam Kategori Wanita menerusi kejohanan itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment