Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

19 May, 2011

Awang dan Masnah juara Qari dan Qariah Majlis Tilawah Al Quran Zon Selatan



Caption: JOHAN...Awang Ibrahim (kiri) dan Masnah (kanan) merupakan johan bagi Kategori Qari dan Qariah sempena majlis yang berlangsung di IPD Sri Aman.

SRI AMAN, Khamis (19 Mei) – Haji Awang Ibrahim bin Awang Sabudin dinobatkan sebagai Juara Kategori Qari yang diadakan bersempena dengan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan pada malam hari Selasa lepas.

Majlis anjuran Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman itu menyaksikan wakil Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuching itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM200.

Kedudukan naib johan dan tempat ketiga pula disandang oleh Kopral Rashid bin Peni dan Konstabel Fazlie bin Zainuddin yang masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM150 dan RM100 menerusi kategori itu.

Manakala itu Kategori Qariah bagi majlis itu menyaksikan Lan Kopral Masnah binti Matta dari IPD Samarahan muncul johan sambil diikuti oleh Fatimah Sli yang berada di kedudukan naib juara.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Mat Jusoh bin Muhammad telah menyempurnakan Upacara Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para peserta.

Terdahulu jurucakap penganjur ketika ditemui memberitahu Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon Selatan ini disertai oleh 10 orang peserta lelaki dan dua orang peserta wanita.

“Majlis Tilawah ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi penghayatan umat Islam terhadap tuntutan Al-Quran sesuai dengan maksud Ayat 2, Surah Al-Baqarah ‘Alif Lam Mim’ iaitu Kitab Al–Quran ini tidak ada keraguan padanya ; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,” katanya.

Hadir sama untuk menyaksikan majlis itu ialah Pendaftar Mahkamah Sri Aman, Dayang Roselind binti Awang Mahdini, para penghulu, pesara polis dan ahli jawatankuasa Masjid Bandar Sri Aman.

Tamat.

No comments:

Post a Comment