Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

10 May, 2011

Agenda politik penyokong pembangkang di Saribas sudah hilang halatuju - Razi


Caption: MANFAATKAN...Razi (kiri) sedang menyampaikan hadiah galakkan kepada salah seorang pelajar ketika berlangsung majlis berkenaan.


DEBAK, Selasa (10 Mei) – Agenda politik yang diperjuangkan oleh para penyokong pembangkang di Saribas ketika berlangsung pilihan raya umum lepas nyata sudah tamat dan tiada lagi hala tuju.

Justeru Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Ricky Mohammad Razi Sitam berharap agar semua penyokong pembangkang kembali ke pangkuan Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan usaha pembangunan di kawasan beliau mulai sekarang.

“Kawasan DUN Saribas amat memerlukan sokongan semua rakyat termasuk mereka yang pernah menyokong pihak pembangkang ketika berlangsungnya pilihan raya umum pada bulan April lepas.

“Penglibatan mereka dalam meluahkan buah fikiran yang bernas nyata amat diperlukan oleh kerajaan jika mahu melihat kawasan DUN Saribas mengecapi pembangunan yang pesat pada masa hadapan,” katanya.

Razi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Motivasi Kecemerlangan Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Masjid Darul Imam, Kampung Debak Laut, Betong baru-baru ini.

Selain itu beliau juga menyatakan janjinya untuk berkhidmat sebagai seorang wakil rakyat DUN Saribas yang cemerlang sejajar dengan sokongan rakyat kawasan tersebut terhadap dirinya pada pilihan raya lepas.

“Bagaimanapun saya memohon maaf jika masih terdapat kekurangan diri saya ketika melaksanakan sebagai seorang wakil rakyat di dalam kawasan DUN Saribas,” menurut beliau.

Terdahulu Razi telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pelajar Kampung Debak Laut yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan SPTM 2010.

Tamat.

No comments:

Post a Comment