Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2011

2,000 penduduk meriahkan Program Pentas Gawai Dayak RTM Sri Aman 2011







Caption: CILIK...Zurina sedang menemuramah seorang peserta Bintang Kecil 2011 ketika berlangsungnya program itu malam tadi.


SRI AMAN, Ahad (22 mei) – Seramai 2,000 orang penduduk membanjiri kawasan Mini Stadium Sri Aman untuk menyaksikan Pertandingan Bintang Kecil 2011 dan Pentas Gawai Dayak anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman malam tadi.

Kesemua penduduk ini hadir bagi menyaksikan Saringan Akhir Pertandingan Bintang Kecil 2011 bagi Zon Sri Aman dan Betong yang membabitkan enam orang peserta kanak-kanak.

Enam orang peserta berkenaan adalah Norkhafiza Syuhada Mazlan, Nor Sabrina Erica Amirul, Mohd Fadzli Abdul Manap, Nur Senagah Aderus, Dayang Nor Akma Aryanie Abang Muhidin dan Perry Yang Chie Hun.

Persembahan nyanyian lagu oleh keenam-enam peserta kanak-kanak terbabit ternyata mengamatkan suasana Mini Stadium Sri Aman dengan Juruhebah Rancangan Melayu RTM Sri Aman, Zurina Kedri menjadi pengacara pertandingan tersebut.

Sebaik sahaja selesai Pertandingan Bintang Kecil 2011 terbabit, Juruhebah Bahagian Iban RTM Sri Aman, Edwin Nanggah kemudiannya mengambilalih tugas pengacara bagi tujuan Pentas Gawai Dayak 2011.

Acara pada malam tadi kemudianya diteruskan lagi dengan persembahan nyanyian lagu oleh artis jemputan antaranya ialah Linda Simai, Timoti, Claudia AF, Heleza dan Daus AF.

Disamping itu Pertandingan Bintang Kecil 2011 dan Pentas Gawai Dayak ini juga turut diserikan dengan sesi cabutan tiket bertuah sebelum kedua-dua program itu berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Hadir sama untuk menyaksikan program tersebut ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis dan isteri, Datin Simba Nalang, wakil Pengarah Penyiaran Sarawak, Albert Mentri Tudin, pemangku Pengurus Penyiaran RTM Sri Aman, Valentino Jeffryson Munjan dan Ketua Bahagian Rancangan RTM Sri Aman, Ruth Ampong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment