Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 April, 2011

Toyota Roadshow Sri Aman 28 hingga 30 April ini di Mini Stadium Sri Aman

Caption: MARI BEGAMBA BERAMAI RAMAI...Harden dan isteri, Simba (kiri sekali) bersama Lee (tiga kiri) serta tetamu khas lain bergambar kenangan di hadapan kenderaan model Toyota Prius ketika berlangsung Toyota Roadshow hari ini.

Penghulu Lee : "Di sini ada menjual kelata kebal dan keleta solong,"
Pelanggan 1 : "Waseh... u kompeni kuat lihai ooo...,"
Pelanggan 2 : "Di sini ada menjual keleta solong?"
Pelanggan 3 : "Kenapa di sini tiada jamuan kalipap?"

Budak : "Aku datang sini mahu melihat..tapi sikalang aku di suruh jadi pak pacak,"




SRI AMAN, Khamis (28 April) – Orang ramai dijemput untuk memeriahkan suasana sambutan Toyota Roadshow 2011 yang telah berlangsung di Mini Stadium Sri Aman bermula hari ini (28 April) hingga hari Sabtu ini (30 April) kelak.

Pengerusi Syarikat Inrun Motor Sendirian Berhad, Penghulu Lee Shiang Hua berkata mereka berpeluang untuk menyaksikan beberapa buah model kereta Toyota yang dipamerkan menerusi aktiviti itu antaranya ialah Avanza, Hilux, Vios, Rush, Innova dan model Prius 1.8 CC.

Model tumpuan pada Roadshow ini iaitu Toyota Prius katanya menggunakan teknologi Hybrid dan mempunyai banyak ciri-ciri keistimewaan penting untuk mana-mana pengguna yang membeli kenderaan berkenaan.

Pertama katanya kenderaan Toyota Prius boleh menggunakan tenaga elektrik untuk fungsi pergerakan dalam jarak perjalanan 60 kilometer dan pengunaan enjin berminyak bagi jarak lebih dari itu.

“Model kenderaan ini bersifat mesra alam kerana enjinnya tidak mengeluarkan asap karbon monoksida yang banyak disamping jimat penggunaan minyaknya iaitu satu liter petrol bagi perjalanan sejauh 38 kilometer.

“Dengan kata lain Prius adalah kereta terbaik untuk mereka jika mahu berjimat dari segi penggunaan minyak pada masa sekarang,” katanya sambil menambah bahawa model kenderaan ini juga mempunyai sebanyak tujuh buah beg udara bagi tujuan keselamatan.

Selain itu model Toyota Prius yang juga dilengkapi dengan sistem cas semula bateri elektrik ketika perjalanan menggunakan enjin bagi jarak 60 kilometer jelas Lee dijual pada harga sekitar RM139,000 (on the road price).

“Pihak kita juga turut menawarkan baucer pembelian barangan Parkson bernilai RM250 kepada pelanggan yang menempah kenderaan model Toyota dan juga tawaran kadar faedah antara 2.58 hingga 2.8 peratus ketika berlangsungnya Roadshow ini,” katanya.

Toyota Roadshow 2011 akan dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula dari jam 8 pagi hingga 7 petang dan mereka berpeluang untuk mendapatkan hadiah dan pandu uji percuma pada aktiviti itu.

Terdahulu Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis bersama isteri, Datin Simba Nalang dan Residen Sri Aman, Abdul Rahman Sebli Sanusi turut hadir sama bagi menyaksikan Roadshow itu.

Tamat.

No comments:

Post a Comment