Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 April, 2011

TBS Sri Aman hulur bantuan kepada penduduk Pulau Seduku


Caption: IKHLAS...Shamsul (kiri) menyampaikan bantuan kepada seorang penerima ketika berlangsungnya program berkenaan.


LINGGA, Selasa ( 12 April) - Pihak Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman telah menghulurkan bantuan kepada fakir miskin di kawasan penduduk penempatan baru Kampung Pulau Seduku, Lingga, baru-baru ini.

Pengurus TBS cawangan Sri Aman, Shamsul Bahri Manap berkata bantuan kepada fakir miskin ini bertujuan untuk menampung keperluan asasi dikalangan para penerima yang hidup dalam serba kedaifan dan melarat.

“Bantuan terbabit dikhaskan kepada mereka yang langsung tidak mempunyai sebarang mata pencarian akibat beberapa faktor tertentu termasuk masalah yang boleh menjejaskan keupayaan mereka mencari pendapatan sendiri.

“Justeru TBS cawangan Sri Aman telah menyampaikan bantuan terbabit kepada golongan penerima tersebut agar beban yang ditanggung oleh fakir miskin berkenaan akan dapat dikurangkan selepas ini,” menurut beliau.

Bagaimanapun pihak TBS kata Shamsul juga akan tetap memberi keutamaan terhadap kelangsungan pendidikan anak-anak melalui Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK) khususnya Bantuan Kemasukan Ke IPT.

Beliau pada majlis itu juga turut menyarankan penduduk muslim dari Pulau Seduku, Bakong, Tanjung Bijat, Lingga, Baur dan Stumbin untuk menunaikan tanggungjawab Zakat Tanaman Padi dari masa ke sama.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Naqib Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman, Ustaz Haji Isselahuddin bin Kamri dan Ketua Kaum Kampung Pulau Seduku, Mohammad Salleh bin Jon.

Tamat.

No comments:

Post a Comment