Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 April, 2011

TBS Sri Aman anjur Program Ziarah di Kampung Sembau


Caption: IKHLAS...Shamshul (tengah) bersama tetamu khas program sedang bergambar kenangan bersama kanak-kanak penerima sumbangan terbabit baru-baru ini.


SRI AMAN, Khamis (7 April) – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) cawangan Sri Aman dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Bahagian (PAIB) Sri Aman dan HIKMAH cawangan Sri Aman telah menganjurkan Program Ziarah di Surau Wahdah Al – Ummah, Kampung Sembau baru-baru ini.

Program yang julungkalinya diadakan di kampung berkenaan turut diselitkan dengan penyampaian Bantuan Kelengkapan Asas kepada pihak Pengurusan Surau Wahdah al-Ummah dan sumbangan beg sekolah bagi anak-anak fakir miskin Kampung Sembau Sri Aman.

Pengurus Cawangan TBS Sri Aman, Shamsul Bahri bin Manap ketika berucap pada Program Ziarah itu berkata pihaknya memberi komitmen yang tinggi terhadap tiga aspek bantuan utama kepada penduduk.

“Tiga bantuan ini adalah Bantuan Kemasukan ke IPT di bawah Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan (PMTK), Bantuan Rawatan, Perubatan serta Pembedahan di bawah Program Memantapkan Kebajikan Ummah (PMKU) dan Bantuan untuk Institusi Kemasyarakatan termasuk anjuran masjid dan surau di bawah Program Membangunkan Institusi Islam (PMII),” katanya.

Selain itu pihak TBS katanya juga akan melantik seorang amil bagi memunggut Zakat Fitrah memandangkan kepadatan penduduk di kawasan tersebut kian bertambah.

Sementara itu Eksekutif Cawangan, Ustaz Zulhazmi bin Bohari turut menyampaikan tazkirah beliau berhubung keutamaan dan pengaruh Infaq (membelanjakan harta di jalan Allah) termasuk amalan Waqaf dalam komuniti Islam pada program terbabit.

Beliau menegaskan bahawa amalan tersebut tidak akan membawa kefakiran terhadap si penyumbang malah mendapat jaminan Allah dengan mencukupkan segala keperluannya di dunia dan akhirat jika dilakukan dengan ikhlas.

“Maka tidak hairanlah jika anda melihat sesetengah orang yang pada zahirnya miskin atau kaya tetapi suka mengeluarkan sedikit harta kerana Allah tidak pernah merasa derita pada jiwa bahkan kaya dengan sifat-sifat terpuji,” menurut beliau.

Hadir sama pada majlis itu ialah Penolong Hal Ehwal Islam, Ustaz Ridzuandi bin Padil (PAIB), Pegawai Da’ie HIKMAH Sri Aman, Ustaz Sodikin bin Mohri dan Pengerusi Pengurusan Jawatankuasa Surau Wahdah al-Ummah, Haji Abang Sazali bin Abang Seruji.

Tamat.

No comments:

Post a Comment