Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

04 April, 2011

Tanah NCR akan sentiasa dipelihara - Jabu



Caption: RASMI...Jabu sedang memotong reben sebagai simbolik perasmian projek NAHRIM sambil disaksikan oleh Uggah ketika berlangsungnya program itu.

Abang Hipeni

JTS Betong

BETONG, Isnin (4 April) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengiktiraf Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) milik penduduk berdasarkan undang-undang yang sedia ada pada masa sekarang.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Nampung berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH ) di Rumah Bayang anak Aji, Melabu Bair, Betong pada hari Sabtu lepas.

Katanya kerajaan tidak pernah merampas tanah NCR milik penduduk sepertimana yang didakwa oleh mana-mana pihak berkepentingan terutama sekali oleh pihak pembangkang yang mahu meraih sokongan politik daripada mereka selama ini.

“Kita sebaliknya mahu membantu penduduk Peribumi agar tanah NCR mereka dapat disukat dan diwartakan sebagai rizab gunasama bumiputera menerusi Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dibawah Inisiatif Baru NCR,” katanya.

Bagi merelisasikan perkara ini, Kerajaan Persekutuan kata Jabu telah memperuntuk sejumlah RM80 juta bagi melaksanakan kerja pengukuran perimeter dalam seluruh negeri sehingga beberapa sesetengah kawasan telah pun siap bagi tujuan itu.

“Justeru tiada ada asasnya jika ada pihak yang mengatakan kerajaan telah merampas tanah NCR milik rakyat,” katanya.

Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas, ADUN Bukit Saban, Robert Lawson Chuat, Ketua Pengarah NAHRIM, Haji Ahmad Jamalluddin Shaaban dan Residen Betong, Datu Romie Sigan Daniel.

Terdahulu, Jabu telah merasmikan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) iaitu projek perintis NAHRIM Malaysia dalam usaha untuk membantu penghuni rumah panjang di Melabu Bair, Betong bagi menangani masalah bekalan air.

Projek bekalan air yang menelan kos sebanyak RM265,000 ini telah bermula pada bulan Ogos tahun lepas dan dijangka siap sepenuhnya menjelang bulan Julai tahun ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment